Header Ads

Permohonan Kemasukan GMI 2025 Online (Program Diploma)

Permohonan Kemasukan GMI 2025 Online (Program Diploma)|BILAKAH tarikh permohonan GMI ambilan 2025 bakal dibuka? Perhatian buat anda calon Lepasan SPM yang berkelayakan membuat permohonan kemasukan ke Program Diploma German-Malaysian Institute (GMI) sesi Januari 2025. Untuk makluman anda, permohonan GMI Sesi 2025 boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi Portal Rasmi GMI. Berikut dikongsikan Permohonan GMI 2025 Online buat rujukan anda.

Permohonan Kemasukan GMI 2025 Online (Program Diploma)

Sedia maklum, GMI merupakan sebuah Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang ditubuhkan pada tahun 1991 dan menawarkan pengajian berasaskan kejuruteraan kepada para pelajar. Ia ditadbir oleh 10 ahli Lembaga Pengarah yang terdiri daripada wakil daripada kedua-dua kerajaan, serta wakil awam dan industri. Institusi ini juga ditubuhkan sebagai Syarikat Berhad di mana pengasasnya ialah Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Jerman Malaysia (MGCC), dan agensi pelaksananya ialah MARA dan Deutsche Gesellschaft für Internationale Zusammenarbeit (GIZ) GmbH (dahulunya dikenali sebagai German Technical Corporation atau GTZ).


Permohonan Kemasukan GMI 2025 Online (Program Diploma)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Program Diploma GMI termasuk syarat kemasukan dan senarai program pengajian yang ditawarkan:


Senarai Program Pengajian Yang Ditawarkan 

Antara Senarai Program Pengajian Yang Ditawarkan adalah seperti berikut:

A. Diploma Kejuruteraan Elektrik

Diploma In Engineering Technology (Electronics & Information Technology)

Diploma In Engineering Technology (Mechatronics)

Diploma In Engineering Technology (Process Instrumentation Technology)

Diploma In Engineering Technology (Sustainable Energy & Power Distribution)

Diploma In Autotronics Engineering Technology

Diploma in Creative Multimedia

Diploma in Software Engineering

Diploma in Cyber Security Technology

B. Diploma Kejuruteraan Mekanikal

Diploma In Engineering Technology (CNC Precision Technology)

Diploma In Engineering Technology (Machine Tools Maintenance)

Diploma In Engineering Technology (Industrial Quality Management)

Diploma In Engineering Technology (Manufacturing System)

Diploma In Engineering Technology (Industrial Design)

Diploma In Engineering Technology (Product Design & Manufacturing)


Syarat Kemasukan Program Diploma GMI 2025

Antara Syarat Kemasukan ke Program Diploma GMI adalah seperti berikut:

1. Syarat kemasukan yang ditetapkan kepada pemohon adalah Lulus SPM (atau percubaan SPM) dan memperoleh lebih 3 kredit termasuk:

- Matematik.

- Sains/mana-mana subjek dalam kumpulan Sains/Teknikal.

- Satu subjek lain.

2. Lulus Bahasa Inggeris.


Cara Permohonan Kemasukan GMI 2025 Online 

1. Permohonan kemasukan ke GMI boleh dibuat secara online menerusi pautan di https://gmi.vialing.com/oa/register.

2. Kemudian, isikan maklumat permohonan yang diperlukan dan klik pada butang "Sign Up".

3. Log masuk semula dengan memasukkan No Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang disahkan. 

4. Seterusnya, isikan maklumat permohonan yang diperlukan dan pilih program pengajian yang diinginkan. 

5. Hantar borang permohonan setelah semua maklumat lengkap diisi.

Permohonan Kemasukan GMI 2025 Online (Program Diploma)

Artikel Berkaitan:


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Kemasukan GMI, sila hubungi di talian 03 - 8921 9164 atau layari Portal Rasmi GMI di https://gmi.vialing.com/oa/register.

Semoga perkongsian Permohonan Kemasukan Program Diploma GMI dijadikan panduan buat anda semua! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke GMI!

No comments

Powered by Blogger.