Header Ads

Permohonan Kemasukan Tingkatan 6 Maktab Mahmud 2025 Online

Permohonan Kemasukan Tingkatan 6 Maktab Mahmud 2025 Online|BILAKAH tarikh permohonan kemasukan Tingkatan 6 Maktab Mahmud bagi tahun 2025 akan dibuka? Perhatian buat pelajar yang ingin menyambung pelajaran ke Tingkatan 6 di Maktab Mahmud tahun 2025 adalah dialu-alukan untuk membuat permohonan kemasukan dengan segera. Untuk makluman anda, permohonan Tingkatan 6 Maktab Mahmud 2025 boleh dibuat secara online mulai 9 Disember 2024 sehingga 23 Januari 2025 menerusi Portal Rasmi Lembaga Maktab Mahmud. Berikut dikongsikan Permohonan Tingkatan 6 Maktab Mahmud 2025 Online buat rujukan anda.  

Permohonan Kemasukan Tingkatan 6 Maktab Mahmud 2025 Online

Sedia maklum, Maktab Mahmud telah ditubuhkan pada 19 Jun 1936 yang telah disempurnakan oleh DYMM Tunku Mahmud Ibni Al Marhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarramul Shah, selaku Raja Pemangku dan Presiden Majlis Negeri Kedah. Sekolah ini kemudiannya dibuka secara rasminya oleh DYMM Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman pada ketika itu. Kini, ini merupakan salah satu sekolah terkemuka di Negeri Kedah yang diuruskan oleh Lembaga Maktab Mahmud.


Permohonan Kemasukan Tingkatan 6 Maktab Mahmud 2025 Online 

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Tingkatan 6 Maktab Mahmud termasuk syarat kemasukan:


Lokasi Sekolah

Permohonan ini adalah untuk kemasukan ke:

- Maktab Mahmud Alor Setar

- Maktab Mahmud Pokok Sena


Keistimewaan Tingkatan 6 Maktab Mahmud

Keistimewaan yang bakal dinikmati pelajar Tingkatan 6 yang menyambung pelajaran di Maktab Mahmud adalah seperti berikut:

1. Silibus STAM dan Al Azhar

2. Silibus Bahasa Arab yang mantap

3. Silibus di ambil daripada Maahad Bu’uth Al-Islamiah Al-Azhar, Republik Arab Mesir

4. STAM setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)

5. Sijil STAM boleh digunapakai untuk peluang kerjaya berpeluang memasuki Universiti Al-Azhar dan lain-lain universiti yang setaraf dengannya di Timur Tengah

6. Berpeluang menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti-universiti dalam negara

7. Guru-guru pakar yang berpengalaman dalam STAM dan mempunyai kelulusan ikhtisas yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.


Syarat Kemasukan Tingkatan 6 Maktab Mahmud Sesi 2025

Syarat kemasukan yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia.

2. Telah menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berumur 18 tahun.

3. Telah Menduduki Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) dan sekurang-kurangnya mendapat Pangkat Jayyid

4. Lulus bagi semua mata pelajaran Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) dan kepujian bagi mata pelajaran Al-Lughah Al-‘Arabiah Al- Muasirah dalam peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia

5. Tidak mempunyai sebarang rekod salahlaku displin.

6. Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

7. Bersetuju menerima Maktab Mahmud yang ditawarkan (penempatan pelajar berdasarkan kekosongan yang ada dan ditetapkan oleh pengurusan).


Cara Permohonan Tingkatan 6 Maktab Mahmud 2025 Online 

1. Permohonan boleh dibuat secara online menerusi pautan di https://www.lmm.gov.my/ dan muat turun borang permohonan di bahagian “Muat Turun” mulai 9 Disember 2024 sehingga 23 Januari 2025.

2. Kemudian, isikan borang permohonan tersebut dengan lengkap dan hantar ke sekolah yang diingini tersebut.

Permohonan Kemasukan Tingkatan 6 Maktab Mahmud 2025 Online

Maklumat Lanjut 

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Kemasukan Tingkatan 6 Maktab Mahmud, sila layari laman web di https://www.lmm.gov.my/.

Semoga perkongsian Permohonan Tingkatan 6 Maktab Mahmud 2025 ini dijadikan panduan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.