Permohonan Politeknik Sesi 2 2024/2025 Online (Program Diploma & Sijil)
Permohonan Politeknik Sesi 2 2024/2025 Online (Program Diploma & Sijil)|BILAKAH tarikh permohonan kemasukan ke Politeknik ambilan 2024/2025 bakal dibuka? Perhatian buat anda calon Lepasan SPM yang berkelayakan membuat permohonan kemasukan ke Politeknik bagi Program Diploma, Sijil dan Sijil Khas Kemahiran Sesi 2 2024/2025. Untuk makluman anda, permohonan Politeknik 2024/2025 boleh dibuat secara online sehingga tarikh tutup pada 30 Disember 2024 (jam 5:00 petang) menerusi Portal Rasmi eBorang MyPolycc. Berikut dikongsikan Permohonan Politeknik 2024/2025 Online buat rujukan anda.
Sedia maklum, Pengajian politeknik di Malaysia merupakan alternatif bagi pelajar untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sijil Kemahiran Politeknik, Pra Diploma Politeknik, Diploma dan Sarjana Muda yang berada dibawah kawalselia Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti. Permohonan dibuka kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), lulusan Sijil Politeknik, Sijil Kolej Komuniti dan lulusan Sijil Vokasional Malaysia (Kolej Vokasional). Selain itu, ia turut dibuka kepada lulusan sijil Institut Kemahiran Tinggi PERDA (Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang), lulusan sijil Institut Kemahiran MARA, lulusan sijil Institut Pertanian Malaysia dan Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap 3).
Permohonan Politeknik Sesi 2 2024/2025 Online (Program Diploma & Sijil)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Politeknik termasuk syarat kemasukan:
Tarikh Penting Kemasukan Politeknik Sesi 2024/2025
◼️Tarikh Permohonan: 4 Oktober 2024 - 30 Disember 2024
◼️Aplikasi Permohonan:
KLIK 👉 https://ambilan.mypolycc.edu.my/eborangdiploma/logineborang224.aspx
Senarai Politeknik di Malaysia
Terdapat 36 Politeknik di Malaysia mengikut kategori berikut:
◼️ 3 Politeknik Premier
◼️ 28 Politeknik Konvensional
◼️ 5 Politeknik METro
*Senarai Politeknik boleh dirujuk DISINI
Semakan Syarat Kelayakan
Semakan Syarat bagi program yang ditawarkan kepada pemohon lepasan SPM dan Setaraf adalah seperti berikut:
1. Semakan Syarat Kelayakan boleh dibuat secara online menerusi pautan di https://ambilan.mypolycc.edu.my/esemak/index.asp.
Syarat Kemasukan Politeknik Sesi 2024/2025
Antara Syarat Kemasukan Politeknik Sesi 2024/2025 adalah seperti berikut:
A. Politeknik Premier
- 5 Kepujian bagi mata pelajaran yang telah ditetapkan
B. Politeknik Konvensional / METrO
- 3 Kepujian bagi mata pelajaran yang telah ditetapkan.
- Subjek mata pelajaran yang perlu diambil kira:
◼️ Bahasa Melayu (Wajib Lulus)
◼️ Sejarah (Wajib Lulus)
◼️ Bahasa Inggeris
◼️ Matematik
◼️ Sains/ Fizik atau Kimia
Cara Permohonan Politeknik 2024/2025 Online
1. Layari Portal Rasmi eBorang MyPolycc secara online menerusi pautan di https://ambilan.mypolycc.edu.my/eborangdiploma/logineborang224.aspx.
2. Masukkan No Kad Pengenalan pada ruangan yang disediakan. Klik pada butang "Masuk".
3. Kemudian, isikan maklumat permohonan yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
Artikel Berkaitan:
KLIK 👉 Permohonan Program Matrikulasi KPMKLIK 👉 Permohonan KPTM Online
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Kemasukan Politeknik, sila layari di pautan http://ambilan.mypolycc.edu.my/
Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti,
Aras 6, Galeria PjH,
Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya.
▶️ No. Telefon: 03 - 8888 3837
▶️ No. Faks: 03 - 8888 2733
▶️ Emel: jppkk.ambilan@mohe.gov.my
Semoga perkongsian Permohonan Politeknik Sesi 2 2024/2025 ini dijadikan panduan buat anda semua! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Politeknik!
Post a Comment