Header Ads

Permohonan Tingkatan 6 STAM SMA MAIWP 2025 Online (Syarat Kemasukan)

Permohonan Tingkatan 6 STAM SMA MAIWP 2025 Online (Syarat Kemasukan)|BILAKAH tarikh permohonan Tingkatan 6 STAM SMA MAIWP Sesi 2025 bakal dibuka? Perhatian buat anda para pelajar yang berminat untuk melanjutkan pengajian di Tingkatan 6 Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA MAIWP) Kuala Lumpur ambilan tahun 2025. Untuk makluman anda, permohonan Tingkatan 6 STAM SMA MAIWP 2025 boleh dibuat secara online mulai 18 Disember 2024 sehingga tarikh tutup pada 31 Januari 2025 menerusi Portal Rasmi MAIWP. Berikut dikongsikan Permohonan Tingkatan 6 STAM SMA MAIWP 2025 Online buat rujukan anda.

Permohonan Tingkatan 6 STAM SMA MAIWP 2025 Online (Syarat Kemasukan)

Sedia maklum, SMA MAIWP merupakan institusi pendidikan yang telah ditubuhkan hasil daripada Mesyuarat MAIWP Kali Ke-96 yang bersidang pada 28 Julai 2006. Tujuan penubuhan sekolah ini adalah untuk membuka peluang kepada para pelajar lulusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) melanjutkan pelajaran di peringkat menengah sebagai kesinambungan pendidikan agama di sekolah-sekolah rendah agama di Wilayah Persekutuan.


Permohonan Tingkatan 6 STAM SMA MAIWP 2025 Online (Syarat Kemasukan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara Permohonan Tingkatan 6 STAM SMA MAIWP termasuk syarat kemasukan dan dokumen sokongan yang diperlukan:


Syarat Kemasukan Permohonan Tingkatan 6 STAM SMA MAIWP 2025

Antara Syarat Kemasukan Tingkatan 6 STAM SMA MAIWP adalah seperti berikut:

1. Pemohon merupakan warganegara Malaysia

2. Umur pemohon tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2025

3. Pemohon telah menduduki peperiksaan:

– Percubaan SPM 2024; atau

– SPM 2023; atau

– SPM 2022

4. Memperolehi pencapaian minima dalam mata pelajaran berikut:

Mata Pelajaran       Pencapaian Minima

Bahasa Melayu                     C+

Bahasa Inggeris                     C

Al-Lughah Arabiah 

Muasirah (LAM)                  C

Al-Syariah                             C

Usul ad-Din                             C

Manahij Al-Ulum 

Al-Islamiyah / Al-Adab           C

Wa Al-Balaghah


Senarai Dokumen Sokongan Yang Diperlukan

Dokumen sokongan yang perlu dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

1. Borang permohonan yang telah lengkap diisi.

2. Salinan kad pengenalan pemohon/ibu dan bapa atau penjaga.

3. Salinan keputusan Sijil Menengah Agama (SMA) (jika ada).

4. Salinan keputusan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

5. Salinan sijil-sijil Kokurikulum.

6. Salinan slip gaji atau surat pengesahan pendapatan (jika tiada slip gaji) – bapa, ibu/penjaga.

7. Pemohon perlu memastikan semua dokumen yang disertakan telah mendapat pengesahan.


Cara Permohonan Tingkatan 6 STAM SMA MAIWP 2025 Online 

1. Layari Portal Rasmi MAIWP secara online menerusi pautan di https://www.maiwp.gov.my/.

2. Kemudian, muat turun borang permohonan dan isikan borang permohonan dengan lengkap dan betul.

3. Anda perlu sediakan beberapa dokumen sokongan yang diperlukan.

4. Hantar borang permohonan dan dokumen sokongan ke alamat seperti berikut:

Pejabat Pentadbiran SMA MAIWP KL

No 2, Jln Sri Permaisuri,

Bandar Sri Permaisuri,

56000 Cheras Kuala Lumpur.

Permohonan Tingkatan 6 STAM SMA MAIWP 2025 Online (Syarat Kemasukan)

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Kemasukan Tingkatan 6 STAM SMA MAIWP, sila layari laman web MAIWP di https://www.maiwp.gov.my/.

Semoga perkongsian Permohonan Tingkatan 6 STAM SMA MAIWP 2025 ini dijadikan panduan buat anda semua! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Tingkatan 6 STAM SMA MAIWP!

No comments

Powered by Blogger.