Header Ads

Permohonan UMK Ambilan Kedua 2024/2025 Online (Ijazah Sarjana Muda)

Permohonan UMK Ambilan Kedua 2024/2025 Online (Ijazah Sarjana Muda)|BILAKAH tarikh permohonan UMK Ambilan 2 2024/2025 bakal dibuka? Perhatian buat anda Lepasan STPM/Setaraf yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan kemasukan ke UMK (Universiti Malaysia Kelantan) bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Sesi 2 2024/2025. Untuk makluman anda, permohonan UMK Ambilan Kedua 2024/2025 boleh dibuat secara online mulai 16 Disember 2024 sehingga tarikh tutup pada 15 Januari 2025 menerusi Laman Web Rasmi UMK. Berikut dikongsikan Permohonan UMK Ambilan Kedua 2024/2025 Online buat rujukan anda.

Permohonan UMK Ambilan Kedua 2024/2025 Online (Ijazah Sarjana Muda)

Sedia maklum, Universiti Malaysia Kelantan atau mudah dikenali sebagai UMK secara rasminya berada dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Ia merupakan universiti awam (UA) yang ke-19 di Malaysia dan memulakan pengambilan pelajar pada awal Jun 2007. UMK mempunyai 3 buah kampus utama iaitu kampus kota yang terletak di Pengkalan Chepa, Bachok dan Jeli. UMK yang dikategorikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi sebagai universiti berfokus. Dengan moto 'Keusahawanan ialah Teras Kami', universiti ini menekankan ilmu keusahawanan dalam kalangan mahasiswanya tanpa mengira disiplin ilmu dan bidang.


Permohonan UMK Ambilan Kedua 2024/2025 Online (Ijazah Sarjana Muda)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Program Ijazah Sarjana Muda UMK termasuk syarat kemasukan dan senarai program pengajian yang ditawarkan:


Tarikh Penting Kemasukan UMK Ambilan Kedua 2024/2025

◼️ Tarikh Dibuka: 16 Disember 2024 (mulai jam 12.00 tengah hari)
◼️ Tarikh Ditutup: 15 Januari 2025 (hingga jam 5.00 petang)

◼️ Aplikasi Permohonan:

KLIK 👉 https://capsule.umk.edu.my/login


Syarat Kemasukan UMK Ambilan Kedua 2024/2025

Antara Syarat Kemasukan UMK Ambilan Kedua adalah seperti berikut:

A. Syarat Am

Calon mesti memiliki kelayakan akademik berikut:

- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM): Mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah.

- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM): Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dengan Gred C dalam tiga mata pelajaran termasuk Pengajian Am.

- Matrikulasi/Asasi: Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00.

- Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM): Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid.

- Diploma atau Kelayakan Setaraf: Mempunyai kelulusan Diploma dari IPTA/IPTS atau kelayakan lain yang diiktiraf setaraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.


Kelebihan Sambung Pengajian Di Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

Berikut dikongsikan beberapa kelebihan yang ditawarkan oleh UMK:

1. Fokus pada Keusahawanan

UMK dikenali sebagai “Universiti Keusahawanan” kerana penekanannya dalam bidang keusahawanan. Setiap program pengajian di UMK disusun dengan elemen keusahawanan untuk melahirkan graduan yang berdaya saing dan inovatif.

2. Kedudukan Ranking Universiti

UMK telah mencapai kedudukan yang membanggakan dalam Times Higher Education (THE) World University Rankings Asia 2023, berada di kedudukan 501-600.

3. Kemudahan Kampus yang Lengkap

- UMK mempunyai tiga kampus utama yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden:

◼️Kampus Bachok: Menempatkan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan serta Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan.

◼️Kampus Jeli: Menempatkan Fakulti Industri Asas Tani dan Fakulti Sains Bumi.

◼️Kampus Kota (Pengkalan Chepa): Menempatkan Fakulti Perubatan Veterinar dan Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi.

- Setiap kampus dilengkapi dengan kemudahan seperti perpustakaan, makmal, dan pusat aktiviti pelajar untuk menyokong proses pembelajaran.

4. Program Akademik yang Pelbagai

UMK menawarkan pelbagai program akademik yang merangkumi bidang keusahawanan, teknologi kreatif, warisan, industri asas tani, sains bumi dan sebagainya. Kepelbagaian program ini membolehkan pelajar memilih bidang yang sesuai dengan minat dan aspirasi kerjaya mereka.


Senarai Program Pengajian Yang Ditawarkan

Antara Senarai Program Pengajian Yang Ditawarkan adalah seperti berikut:

A. Fakulti Pengajian Bahasa Dan Pembangunan Insan

- Sarjana Muda Bahasa Arab Dengan Keusahawanan (Kepujian)

B. Fakulti Keusahawanan Dan Perniagaan 

- Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Peruncitan) Dengan Kepujian 

- Ijazah Sarjana Muda Perakaunan Dengan Kepujian

- Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Perdagangan) Dengan Kepujian 

- Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Logistik & Perdagangan Peredaran) Dengan Kepujian 

- Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perbankan Dan Kewangan Islam) Dengan Kepujian 

C. Fakulti Industri Asas Tani 

- Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Perternakan) Dengan Kepujian 

- Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Agroteknologi) Dengan Kepujian

- Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Produk Agro) Dengan Kepujian 

D. Fakulti Sains Bumi

- Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Sains Sumber Asli) Dengan Kepujian 

- Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Analitik Alam Sekitar) Dengan Kepujian


Cara Permohonan UMK Ambilan Kedua 2024/2025 Online

1. Layari Portal Rasmi UMK secara online menerusi pautan di https://capsule.umk.edu.my/login.

2. Klik pada butang "Register a New Account" untuk daftar kali pertama.

3  Isikan maklumat permohonan yang diperlukan dan klik pada butang "Sign Up".

4. Kemudian, log masuk semula dengan menggunakan Nama Pengguna dan Kata Laluan yang disahkan. Klik pada butang "Sign In".

5. Isikan maklumat borang permohonan pada ruangan yang disediakan sehingga selesai dan hantar permohonan tersebut.

Permohonan UMK Ambilan Kedua 2024/2025 Online (Ijazah Sarjana Muda)

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Kemasukan UMK, sila hubungi di bawah:

No. Tel: 09 - 779 7615

No. WhatsApp: 09 - 779 7615/ 7612

Emel: akademik@umk.edu.my

Semoga perkongsian Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda UMK Sesi 2024/2025 ini dijadikan panduan buat anda semua! Semoga  anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke UMK!

No comments

Powered by Blogger.