Header Ads

Permohonan UPSI Sesi 2 2024/2025 Online (Ijazah Sarjana Muda)

Permohonan UPSI Sesi 2 2024/2025 Online (Ijazah Sarjana Muda)|BILAKAH tarikh permohonan UPSI Ambilan 2024/2025 bakal dibuka? Perhatian buat anda Lepasan STPM/ Asasi/ Matrikulasi & Diploma yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan kemasukan ke UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris) ambilan Sesi 2 2024/2025. Untuk makluman anda, permohonan UPSI Sesi 2 2024/2025 boleh dibuat secara atas talian (online) mulai 2 hingga 29 Disember 2024 menerusi Portal Rasmi UPSI. Berikut dikongsikan Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda UPSI Sesi 2 2024/2025 Online buat rujukan anda.

Permohonan UPSI Sesi 2 2024/2025 Online (Ijazah Sarjana Muda)

Sedia maklum, Universiti Pendidikan Sultan Idris atau dikenali sebagai UPSI merupakan universiti pendidikan pertama di Malaysia. UPSI telah diisytiharkan sebagai sebuah universiti pada 1 Mei 1997 melalui Warta Kerajaan P.U.(A) 132 & 133, bertarikh 24 Februari 1997 dibawah dua buah Perintah iaitu Perintah Universiti Pendidikan Sultan ldris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan ldris (Kampus) 1997. Sebelum ini UPSI dikenali sebagai "Institut Perguruan Sultan Idris". UPSI mempunyai 2 buah kampus iaitu kampus pertama yang terletak di pekan Tanjong Malim yang dikenali sebagai Kampus Sultan Abdul Jalil Shah (KSAJS) manakala kampus kedua Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terletak di bandar Proton atau lebih dikenali sebagai Proton City. Kampus yang terletak di Bandar Proton tersebut dikenali sebagai Kampus Sultan Azlan Shah.


Permohonan UPSI Sesi 2 2024/2025 Online (Ijazah Sarjana Muda)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Program Ijazah Sarjana Muda UPSI termasuk syarat kemasukan dan senarai program pengajian yang ditawarkan:


Tarikh Penting Kemasukan UPSI Sesi 2 2024/2025

◼️ Tarikh Dibuka: 2 Disember 2024 (mulai jam 12.00 tengah hari)
◼️ Tarikh Ditutup: 29 Disember 2024 (hingga jam 5.00 petang)

◼️ Aplikasi Permohonan:

KLIK 👉 https://ebitara.upsi.edu.my/login


Syarat Kemasukan UPSI Sesi 2024/2025

Antara Syarat Kemasukan Program Ijazah Sarjana Muda UPSI adalah seperti berikut:

KLIK 👉  https://kemasukan.upsi.edu.my/


Senarai Program Pengajian Yang Ditawarkan

Antara Senarai Program Pengajian Yang Ditawarkan di UPSI adalah seperti berikut:

1. (AS74) Sarjana Muda Sains Sukan (Sains Kejurulatihan)


Cara Permohonan Program Sarjana Muda UPSI 2024/2025 Online 

1. Permohonan kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda UPSI boleh dibuat secara online menerusi pautan di https://ebitara.upsi.edu.my/login.

2. Klik pada butang "Create An Account" untuk daftar kali pertama. 

3. Kemudian, isikan maklumat permohonan yang diperlukan dan klik pada butang "Create".

4. Log masuk semula dengan menggunakan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang disahkan. Klik pada butang "Log In".

5. Isikan maklumat borang permohonan pada ruangan yang disediakan dengan lengkap dan betul.

Info Penting:

*Pemohon perlu membuat pembelian PIN BITARA ID di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk akses sistem e-Bitara. (BITARA ID SARJANA MUDA: RM26.00)

Permohonan UPSI Sesi 2 2024/2025 Online (Ijazah Sarjana Muda)

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Kemasukan UPSI, sila hubungi di:

Unit Promosi dan Kemasukan,

Bahagian Hal Ehwal Akademik

No. Tel: 05 - 450 7047/ 7048/ 7038

Emel: kemasukan.bhea@upsi.edu.my

Selamat membuat Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda UPSI Sesi 2024/2025 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke UPSI!

No comments

Powered by Blogger.