Permohonan UTEM Sesi 2 2024/2025 Online (Ijazah Sarjana Muda)
Permohonan UTEM Sesi 2 2024/2025 Online (Ijazah Sarjana Muda)|BILAKAH tarikh permohonan UTEM Ambilan 2024/2025 bakal dibuka? Perhatian buat anda Lepasan STPM/ Asasi/ Matrikulasi & Diploma yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda UTEM (Universiti Teknikal Malaysia Melaka) Sesi 2 2024/2025. Untuk makluman anda, permohonan Program Sarjana Muda UTEM 2024/2025 boleh dibuat secara atas talian (online) mulai 19 Disember 2024 sehingga tarikh tutup pada 14 Januari 2025 menerusi Portal Rasmi UTeM. Berikut dikongsikan Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda UTEM 2024/2025 Online buat rujukan anda.
Sedia maklum, Universiti Teknikal Malaysia Melaka atau mudah dikenali sebagai UTeM yang ditubuhkan sebagai Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM), merupakan sebuah universiti awam yang bertempat di Jalan Hang Tuah Jaya, Melaka. UTeM merupakan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) serta universiti teknikal pertama yang diwujudkan di Malaysia. Walaupun UTeM telah ditubuhkan pada 1 Disember 2000, UTeM telah dinaik taraf menjadi sebuah universiti pada 1 Februari 2007. UTeM mengandungi dua kampus secara keseluruhannya dimana kampus utama (Kampus Induk) yang terletak di Durian Tunggal, Melaka dan kampus ketiga (Kampus Teknologi) yang terletak di Ayer Keroh, Melaka.
Permohonan UTEM Sesi 2 2024/2025 Online (Ijazah Sarjana Muda)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Program Ijazah Sarjana Muda UTEM termasuk syarat kemasukan dan senarai program pengajian yang ditawarkan:
Tarikh Penting Kemasukan UTEM Sesi 2024/2025
◼️ Tarikh Dibuka: 19 Disember 2024 (mulai jam 12.00 tengah hari)
◼️ Tarikh Ditutup: 14 Januari 2025 (hingga jam 5.00 petang)
◼️ Aplikasi Permohonan:
KLIK 👉 www.utem.edu.my/kemasukan
Syarat Kemasukan Program Ijazah Sarjana Muda UTEM 2024/2025
Antara Syarat Kemasukan Program Sarjana Muda UTEM adalah seperti berikut:
1. Lepasan STPM/ Matrikulasi/ Asasi dan Diploma yang berkaitan daripada Universiti Awam (UA)/ Politeknik/ Universiti Swasta atau setaraf.
2. Pemohon hendaklah memperoleh sekurang-kurangnya Band 2 dalam peperiksaan MUET.
3. Pemohon tidak aktif di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta yang lain.
Senarai Program Pengajian Yang Ditawarkan
Antara Senarai Program Pengajian Yang Ditawarkan di UTEM adalah seperti berikut:
1. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan Dengan Kepujian
2. Sarjana Muda Kejuruteraan Industri Dengan Kepujian
3. Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan Dengan Kepujian
4. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Proses Dan Teknologi) Dengan Kepujian
5. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Reka Bentuk Produk) Dengan Kepujian
6. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik Dengan Kepujian
7. Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer Dengan Kepujian
8. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Elektronik Industri) Dengan Kepujian
9. Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik Dengan Kepujian
10. Sarjana Muda Kejuruteraan Autonotif dengan Kepujian
11. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Sistem Penyejukan dan Penyaman Udara) Dengan Kepujian
Cara Permohonan Program Sarjana Muda UTEM 2024/2025 Online
1. Permohonan kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda UTEM boleh dibuat secara online menerusi pautan di www.utem.edu.my/kemasukan.
2. Isikan maklumat permohonan yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Kemasukan UTEM, sila hubungi di:
Bahagian Pengurusan Akademik, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM),
Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal, Melaka
No. Tel: +606 270 1990/ 1960/ 1963/ 1964/ 2846/ 1967
No. Fax: +606 331 6079
Emel: bpa@utem.edu.my
Selamat membuat Permohonan Program Sarjana Muda UTEM Sesi 2024/2025 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke UTEM!
Post a Comment