Cara Kira GPA & CGPA UITM 2025 (Gred Markah)
Cara Kira GPA & CGPA UITM 2025 (Gred Markah)|APA itu GPA & CGPA? Bagaimanakah cara pengiraan GPA & CGPA UITM? Perhatian buat anda pelajar UiTM yang ingin ketahui cara pengiraan GPA & CGPA UITM terkini bagi tahun 2025. Berikut dikongsikan Cara Pengiraan GPA & CGPA UITM 2025 buat rujukan anda.
Sedia maklum, CGPA atau Cumulative Grade Point Average ialah Purata Nilai Gred Kumulatif atau terkumpul setiap semester. CGPA merupakan markah keseluruhan bagi semua semester yang telah dilalui oleh seseorang pelajar. Ini bermakna, jumlah pointer dari semester satu sehingga sehingga semester akhir dikira bagi mendapatkan purata nilai semester yang telah dilalui. Pelajar boleh memperbaiki CGPA mereka dengan meningkatkan grade GPA (Grade Point Average) pada setiap semester.
Cara Kira GPA & CGPA UITM 2025 (Gred Markah)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara pengiraan GPA & CGPA UiTM termasuk gred pemarkahan:
Perbezaan Antara GPA & CGPA
GPA (Gred Point Average): Merupakan keputusan pointer bagi semester
CGPA (Cumulative Gred Point Average): Merupakan keputusan pointer kumulatif/ menyeluruh hasil pertambahan pointer GPA bagi setiap semester sehingga semester semasa
Senarai Gred & Markah Peperiksaan
Gred dan markah peperiksaan yang digunakan di UiTM adalah seperti berikut:
Cara Pengiraan GPA UiTM (Terkini)
Sebagai contoh dibawah ini adalah keputusan Ujian Semester 1 anda:
Subjek Kredit Gred Mata Jumlah Mata
Nilai Nilai
Subjek 1 3 B 3.0 9.00
Subjek 2 3 B 3.0 9.00
Subjek 3 3 A- 3.70 11.10
Subjek 4 2 A- 3.70 7.40
Subjek 5 2 B- 2.70 5.40
Subjek 6 2 B- 2.70 5.40
Subjek 7 2 B+ 3.30 6.60
Cara Pengiraan GPA bagi Semester 1:
GPA = (Hasil tambah Jumlah Mata Nilai) / (Hasil tambah Jumlah Kredit)
GPA = (9.00+9.00+11.10+7.40+5.40+5.40+6.60) / (3+3+3+2+2+2+2)
GPA: 3.17 (Semester 1)
Cara Pengiraan CGPA UITM (Terkini)
CGPA = Hasil tambah semua Jumlah Mata Nilai bagi semua semester/(Hasil tambah semua kredit bagi semua semester)
Dalam pengiraan GPA dan CGPA ini yang penting ada beberapa perkara yang perlu anda tahu iaitu:
1. Gred dan Mata Nilai Gred
2. Jam kredit/unit kredit/pemberat matapelajaran/subjek (Boleh dirujuk pada pelan pengajian program masing-masing – bahagian akademik IPT anda)
3. Jumlah Mata Nilai = Mata Nilai Gred x Unit Kredit
4. GPA = Hasil tambah semua Jumlah Mata/(bahagi) Nilai Hasil tambah semua kredit
5. CGPA = Hasil tambah semua Jumlah Mata Nilai bagi semua semester/(bahagi) Hasil tambah semua kredit bagi semua semester
Semoga perkongsian Cara Pengiraan GPA & CGPA UITM ini dijadikan panduan buat anda semua!
Post a Comment