Cara Kira Pointer Matrikulasi Tahun 2025 (Gred Markah)
Cara Kira Pointer Matrikulasi Tahun 2025 (Gred Markah)|BERAPAKAH gred markah dan pointer Matrikulasi terkini bagi tahun 2025? Perhatian buat calon Matrikulasi yang ingin ketahui cara pengiraan pointer Matrikulasi KPM tahun 2025. Untuk makluman anda, pencapaian akademik pelajar dinilai berdasarkan kaedah seperti Penilaian Berterusan (PB) dan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM). Sistem Purata Nilai Gred Semester (PNGS) dan Sistem Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) digunakan bagi menentukan pencapaian akademik pelajar. Berikut dikongsikan Cara Pengiraan Pointer Matrikulasi Tahun 2025 buat rujukan anda.
Sedia maklum, Program Matrikulasi diwujudkan pada tahun 1998 merupakan satu program persediaan bagi pelajar Bumiputera untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara. Program Matrikulasi KPM adalah untuk memastikan pembangunan potensi pelajar bumiputera melalui pendidikan prauniversiti yang berkualiti untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama di IPT di dalam dan di luar negara dalam bidang sains, teknologi dan profesional. Semua lulusan Program Matrikulasi KPM dianugerahkan Sijil Matrikulasi KPM yang diiktiraf ke Perkhidmatan Awam mulai tahun 2017. Permohonan fasa satu untuk mengikuti pengajian Program Matrikulasi sesi 2025/2026 kepada pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 dibuka bermula 1 Disember 2024 sehingga 28 Februari 2025.
Cara Kira Pointer Matrikulasi Tahun 2025 (Gred Markah)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara pengiraan Pointer Matrikulasi KPM termasuk memaparkan gred pemarkahan:
Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM)
- PSPM melibatkan semua kursus pengkhususan yang diadakan pada penghujung setiap semester. Penyediaan kertas soalan, pemeriksaan dan pemarkahan skrip jawapan dikendalikan sepenuhnya oleh Bahagian Matrikulasi KPM. Peratus wajaran PSPM yang diambil kira bagi menentukan gred setiap kursus adalah seperti yang dinyatakan di Lampiran D.
- Pada akhir setiap semester, PNGS dan PNGK pelajar dikira berasaskan gred yang diperoleh dan unit kredit yang diperuntukkan bagi semua kursus pengkhususan yang diambil.
Sistem Gred, Mata Nilaian Dan Purata Nilai Gred (PNG)
- Keputusan akhir semua kursus pengkhususan dinyatakan dalam bentuk gred seperti dalam jadual ini. Gred C merupakan gred lulus minimum manakala Gred C- sehingga F adalah "Gagal".
Senarai Gred & Pointer Matrikulasi 2025
Berikut dikongsikan Senarai Gred dan Pointer Matrikulasi KPM yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa:
GRED MATA NILAIAN TARAF
A 4.00 Cemerlang
A- 3.67 Cemerlang
B+ 3.33 Cemerlang
B 3.00 Kepujian
B- 2.67 Kepujian
C+ 2.33 Lulus
C 2.00 Lulus
C- 1.67 Gagal
D+ 1.33 Gagal
D 1.00 Gagal
F 0.00 Gagal
- Gred keputusan kursus wajib (English, Pendidikan Islam/ Moral, Pengajian Am/ Matrikulasi dan Kokurikulum) dinyatakan seperti dalam jadual dibawah:
GRED TARAF
A Cemerlang
B Kepujian
C Baik
D Memuaskan
F Gagal
Cara Pengiraan Pointer Matrikulasi Tahun 2025
- PNGS dan PNGK dikira berdasarkan gred yang diperoleh daripada semua kursus pengkhususan. Gred yang diperoleh diberikan mata nilaian seperti yang dinyatakan dan PNGS dan PNGK dikira mengikut kaedah berikut:
▶️ MATA = Kredit kursus x Mata nilaian
▶️ PNGS = Jumlah mata/ Jumlah kredit bagi semester berkenaan
▶️ PNGK = Jumlah mata keseluruhan/ Jumlah kredit keseluruhan
Artikel Berkaitan:
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Program Matrikulasi, sila rujuk dibawah:
Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 6 & 7, Blok E 15, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
No. Telefon: 03 - 8884 4083
No. Faks: 03 - 8888 4028
Emel: mohon.matrik@moe.gov.my
Semoga perkongsian Cara Pengiraan Pointer Matrikulasi Tahun 2025 ini dijadikan panduan buat anda semua!
Post a Comment