Cara Pengiraan Pointer STPM 2025 Terkini (NGMP & PNGK)
Cara Pengiraan Pointer STPM 2025 Terkini (NGMP & PNGK)|ADAKAH anda calon pelajar STPM? Bagaimana cara pengiraan pointer STPM terkini bagi tahun 2025? Perhatian buat anda calon yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Berikut dikongsikan Cara Kira Pointer STPM 2025 Terkini buat rujukan anda.
Sedia maklum, STPM menggunakan sistem Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) dalam menentukan keputusan keseluruhan STPM. Bermula pada tahun 2012, titik PNGK untuk setiap subjek telah dikenali sebagai Nilai Gred Mata Pelajaran (NGMP). Oleh itu, calon-calon perlu tahu cara pengiraan keputusan STPM supaya anda boleh menyusun strategi untuk mencapai keputusan yang cemerlang.
Cara Pengiraan Pointer STPM 2025 Terkini (NGMP & PNGK)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan gred pemarkahan STPM, nilai wajaran dan pointer STPM terkini yang menentukan pengiraan akhir keputusan:
Gred Markah STPM
Gred Mata Pelajaran, gred mata pelajaran dan NGMP yang dinyatakan dalam slip keputusan adalah seperti berikut:
- Nilai gred mata pelajaran (NGMP) adalah berasaskan kepada peratus wajaran dan markah bagi setiap kertas bagi mata pelajaran berkenaan.
- Penentuan nilai gred mata pelajaran adalah berdasarkan jumlah markah terbaik bagi kertas Semester 1 atau Ulangan 1, kertas Semester 2 atau Ulangan 2, kertas Semester 3, dan kerja kursus (jika berkaitan) bagi mata pelajaran berkenaan.
- Bagi Gred mata pelajaran, Gred C hingga A yang diberi nilai 2.00 hingga 4.00 ialah gred lulus penuh. Manakala Gred D hingga C- yang diberi nilai 1.00 hingga 1.67 ialah gred lulus sebahagian. Gred F yang diberi nilai 0.00 ialah gred gagal.
Gred Gred Mata NGMP Tahap
Kertas Pelajaran Pencapaian
A A 4.00 Lulus Penuh
A- A- 3.67 Lulus Penuh
B+ B+ 3.33 Lulus Penuh
B B 3.00 Lulus Penuh
B- B- 2.67 Lulus Penuh
C+ C+ 2.33 Lulus Penuh
C C 2.00 Lulus Penuh
C- C- 1.67 Lulus Sebahagian
D+ D+ 1.33 Lulus Sebahagian
D D 1.00 Lulus Sebahagian
F F 0.00 Gagal
Penentuan Nilai Gred Mata Pelajaran (NGMP) - Cara Kira Pointer STPM
Berikut dikongsikan contoh nilai pengiraan pointer berdasarkan subjek Pengajian Am, Bahasa Arab, Syariah dan Sejarah:
A. Cara Pengiraan NGMP Pengajian Am
◾️Nilai Wajaran (%) X Pointer Gred Mata Pelajaran ÷ 100 = nilai baru
Gred Kertas / Gred Wajaran (%) Nilai
A Pengajian Am 1: 4.0 29 1.16
B+ Pengajian Am 2: 3.33 22 0.73
A Pengajian Am 3: 4.0 29 1.16
A Pengajian Am 4 (KK): 4.0 20 0.8
◾️Pengiraan Pengajian Am
- Nilai yang akan diperoleh bagi setiap peperiksaan penggal dan kerja kursus akan ditambah seperti dibawah:
▶️ 1.16 + 0.73 + 1.16 + 0.8 = 3.85
- Anda perlu rujuk kepada julat begi gred mata pelajaran. 3.85 adalah dalam linkungan 3.67 sehingga 4.00.
- Maka gred mata pelajaran Pengajian Am adalah A- dan NGMP: 3.67
▶️ Gred matapelajaran Pengajian Am: A-
▶️ NGMP: 3.67
B. Cara Pengiraan NGMP Sejarah
◾️Nilai Wajaran (%) X Pointer Gred Mata Pelajaran ÷ 100 = nilai baru
Gred Kertas / Gred Wajaran (%) Nilai
A- Sejarah 1: 3.67 29 1.06
A Sejarah 2: 4.00 22 0.88
A Sejarah 3: 4.00 29 1.16
A Kerja Kursus: 4.00 20 0.8
◾️Pengiraan Sejarah
- Nilai yang akan diperoleh bagi setiap peperiksaan penggal dan kerja kursus akan ditambah seperti dibawah:
▶️ 1.06 + 0.88 + 1.16 + 0.8 = 3.90
- 3.90 adalah dalam lingkungan 3.67 sehingga 4.00.
▶️ Gred matapelajaran Sejarah: A-
▶️ NGMP: 3.67
C. Cara Pengiraan NGMP Syariah
◾️Nilai Wajaran (%) X Pointer Gred Mata Pelajaran ÷ 100 = nilai baru
Gred Kertas / Gred Wajaran (%) Nilai
A- Syariah 1: 3.67 26.67 0.98
A- Syariah 2: 3.67 26.67 0.98
B+ Syariah 3: 3.33 26.67 0.89
A Kerja Kursus: 4.00 20 0.8
◾️Pengiraan Syariah
- Nilai yang akan diperoleh bagi setiap peperiksaan penggal dan kerja kursus akan ditambah seperti dibawah:
▶️ 0.98 + 0.98 + 0.89 + 0.8 = 3.65
- 3.65 adalah dalam lingkungan 3.33 sehingga 3.67.
▶️ Gred matapelajaran Syariah: B+
▶️ NGMP: 3.33
D. Cara Pengiraan NGMP Bahasa Arab
◾️Nilai Wajaran (%) X Pointer Gred Mata Pelajaran ÷ 100 = nilai baru
Gred Kertas / Gred Wajaran (%) Nilai
A Bahasa Arab 1: 4.0 28 1.12
A Bahasa Arab 2: 4.0 28 1.12
A- Bahasa Arab 3: 3.67 20 0.73
C Ujian Lisan: 2.0 12 0.24
A Kerja Kursus: 4.0 12 0.48
◾️Pengiraan Bahasa Arab
- Nilai yang akan diperoleh bagi setiap peperiksaan penggal dan kerja kursus akan ditambah seperti dibawah:
▶️ 1.12 + 1.12 + 0.73 + 0.24 + 0.48 = 3.69
- Anda perlu rujuk kepada julat begi gred mata pelajaran. 3.69 adalah dalam linkungan 3.67 sehingga 4.00.
- Maka gred mata pelajaran Bahasa Arab adalah A- dan NGMP: 3.67
▶️ Gred matapelajaran Bahasa Arab: A-
▶️ NGMP: 3.67
Cara Pengiraan Akhir Jumlah Keseluruhan Pointer STPM (PNGK)
- PNGK dikira berdasarkan empat mata pelajaran terbaik yang diambil oleh calon sahaja.
- Sekiranya pelajar mengambil 5 Subjek maka 4 subjek terbaik termasuk Pengajian Am diambil kira untuk mendapatkan PNGK individu pelajar.
- Berikut adalah formula pengiraan jumlah keseluruhan pointer untuk peperiksaan STPM:
▶️ Jumlah NGMP ÷ 4 = PNGK
▶️ Contoh: (Pengajian Am) 3.67 + (Sejarah) 3.67 + (Syariah) 3.33 + (Bahasa Arab) 3.67 = 14.34 ÷ 4 = 3.58
- Maka contoh keputusan keseluruhan peperiksaan STPM yang dikongsikan diatas adalah "3.58".
Info Penting:
*PNGK tidak akan tertera sekiranya:
(a) Gred mata pelajaran Pengajian Am diberi kod W, X, Y atau Z
(b) Gred mata pelajaran bagi mana-mana tiga mata pelajaran lain selain Pengajian Am diberi kod W, X, Y atau Z (Jika calon daftar 4 mata pelajaran)
Artikel Berkaitan:
👉 Cara Kira CGPA UITM
👉 Cara Kira Pointer Matrikulasi
Semoga perkongsian Cara Pengiraan Pointer STPM Terkini ini dijadikan panduan buat anda semua!
Post a Comment