Kalendar & Tarikh Penting Permohonan UPU Sesi 2025/2026
Kalendar & Tarikh Penting Permohonan UPU Sesi 2025/2026|BILAKAH tarikh permohonan kemasukan ke UPU Sesi 2025/2026 bakal dibuka? Perhatian buat anda para pelajar Lepasan SPM dan Lepasan STPM/Setaraf yang ingin ketahui kalendar dan tarikh penting permohonan kemasukan ke UPUOnline Sesi Akademik 2025-2026. Berikut dikongsikan Tarikh Penting & Kalendar Permohonan UPU Online 2025/2026 ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Matrikulasi, ILKA dan Kolej Komuniti buat rujukan anda.
Sedia maklum, tarikh penting yang dikeluarkan oleh UPU (Bahagian Pengurusan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi) ini bakal memudahkan pemohon dalam membuat permohonan kemasukan ke institusi pengajian tinggi yang berkaitan. Selain itu, pemohon boleh membuat rayuan dan pembelian PIN UPU mengikut tarikh buka dan tutup yang telah ditetapkan.
Kalendar & Tarikh Penting Permohonan UPU Sesi 2025/2026
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan kalendar dan tarikh-tarikh penting permohonan UPUOnline untuk kemasukan sesi akademik 2025/2026:
Tarikh Penting Kemasukan UPU Sesi 2025/2026
◾️Tarikh permohonan UPU dibuka & ditutup: 10 Februari 2025 - 14 Mac 2025 (Lepasan SPM & Lepasan STPM/Setaraf)
◾️eRayuan UPU dibuka dan ditutup: Jun 2025 (Lepasan SPM) & September 2025 (Lepasan STPM/Setaraf)
◾️Tarikh panggilan temuduga: April-Mei 2025 (Lepasan SPM) & April-Ogos 2025 (Lepasan STPM/Setaraf)
◾️Semakan keputusan tawaran UPU: Minggu Ketiga Jun 2025 (Lepasan SPM) & Minggu Pertama September 2025 (Lepasan STPM/Setaraf)
Tarikh Penting UPU 2025-2026 (Lepasan SPM & Lepasan STPM/Setaraf)
Berikut adalah tarikh-tarikh penting kemasukan UPU sesi akademik 2025-2026 yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa:
Info Penting:
*Sebarang perubahan tarikh akan dikemaskini dari masa ke semasa selepas pengumuman dari Portal Rasmi UPU atau Facebook Rasmi UPU
Jualan No Pin UPU & Aplikasi UPU Dibuka/Ditutup
◾️Tarikh jualan unik ID dibuka: 9 Februari 2025
◾️Permohonan UPU dibuka: 10 Februari 2025
◾️Tarikh jualan unik ID ditutup: 15 Mei 2025
◾️Permohonan UPU ditutup: 14 Mac 2025
Info Penting:
*Pembukaan semula permohonan UPU Fasa 2 Bagi Lepasan SPM dan STPM/ Setaraf Sesi Akademik 2025-2026 bagi pemohon yang tidak sempat dan tidak pernah memohon boleh membuat application.
*Bagi pemohon yang telah memohon sebelum ini, boleh kemaskini pilihan program pengajian. Program pengajian bertemuduga dan / atau ujian tidak ditawarkan pada fasa ini.
Kategori Pemohon
i) Lepasan SPM
SPM 2024 (Tahun Semasa), 2023 & 2022 (Bukan Tahun Semasa)
Menyambung pelajaran ke:-
- Asasi UA
- Diploma – UA, Politeknik dan ILKA
- Sijil – Kolej Komuniti dan ILKA
- Program Matrikulasi – Kolej Matrikulasi
- Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) di IPG
ii) Lepasan STPM/Setaraf
- STPM 2024
- Matrikulasi/ Asasi Sains UM/ Asasi UiTM
- STAM 2024 & 2023
- Diploma/ setaraf
- Diploma UA. Politeknik
- DKM/ DLKM/ DVM/ Diploma IPTS/ Diploma Luar Negara/ Lain-lain Diploma
- Kelayakan setaraf seperti A-Level/ IBD/ AUSMAT/ SAM/ CPU
- STPM, Matrikulasi/ Asasi STAM
Sebab-Sebab Gagal Permohonan UPU
Menurut FB Rasmi UPU, penawaran kemasukan ke UA dibuat adalah berdasarkan kepada dasar markah merit iaitu 90% akademik dan 10% kokurikulum. Antara punca pemohon tidak berjaya adalah seperti berikut:
1. Tidak menekan butang sah dan hantar pada borang online
2. Tidak memenuhi syarat yang ditetapkan
3. Memohon program luar bidang aliran
4. Tidak melepasi temuduga
5. Markah merit rendah
6. Tidak dipilih Universiti ekoran tempat yang terhad kerana pesaingan yang tinggi
Proses Pemilihan Pelajar Ke UPU
Proses pemilihan kemasukan Lepasan SPM & Lepasan STPM/ setaraf adalah seperti grafik berikut. Pemohon akan disusun berdasarkan kepada markah merit tertinggi hingga terendah.
Artikel Berkaitan:
👉 Panduan Beli No Pin UPU Online
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Kemasukan UPUOnline, sila hubungi dibawah:
▶️ Portal Rasmi UPU Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
▶️ Facebook Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT)
▶️ Talian Operasi: 03 - 8684 2363 (Isnin – Khamis: 9:00 pagi - 5:00 petang, Rehat : 1:00 petang - 2:00 petang) (Jumaat: 9:00 pagi - 5:00 petang, Rehat : 12:15 tengah hari - 2:45 petang)
▶️ Aplikasi Mobile UPUPocket UPU
▶️ UPUchat
Media Sosial Rasmi:
▶️ TikTok: @bkpaupu
▶️ Facebook: kemasukan bpkp jpt
▶️ Telegram: UPUONLINE CHANNEL
▶️ Instagram: @kemasukanbkpa
▶️ YouTube: bkpaUPU
Semoga perkongsian Tarikh Penting dan Kalendar Permohonan UPUOnline ini dijadikan panduan buat anda semua!
Post a Comment