Header Ads

Kategori Permohonan UPUOnline 2025/2026 (Lepasan SPM & Lepasan STPM/Setaraf)

Kategori Permohonan UPUOnline 2025/2026 (Lepasan SPM & Lepasan STPM/Setaraf)|APAKAH kategori UPU bagi sesi kemasukan tahun 2025-2026? Panduan buat anda pelajar Lepasan SPM dan Lepasan STPM/Setaraf yang ingin ketahui senarai kategori permohonan kemasukan UPUOnline bagi Sesi Akademik 2025/2026. Berikut dikongsikan Kategori Permohonan UPUOnline 2025/2026 buat rujukan anda.

Kategori Permohonan UPUOnline 2025/2026 (Lepasan SPM & Lepasan STPM/Setaraf)

Sedia maklum, terdapat dua bahagian kategori permohonan kepada pelajar-pelajar yang mempunyai kelayakan SPM/ Setaraf dan STPM/ Setaraf. Pengenalpastian kategori ini memudahkan pemohon daripada kalangan pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat pengajian tinggi dalam mengisi borang permohonan UPU Online untuk mengenalpasti kategori-kategori mereka masing-masing agar supaya tidak melakukan kesilapan semasa mengisinya.


Kategori Permohonan UPUOnline 2025/2026 (Lepasan SPM & Lepasan STPM/Setaraf)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan senarai kategori untuk permohonan UPUOnline bagi pelajar Lepasan SPM & Lepasan STPM/Setaraf:


Syarat Pemilihan Program UPU 2025/2026

1. Syarat pemilihan program UPU Online Sesi Akademik 2025 boleh dibuat dengan merujuk ke pautan https://upu.mohe.gov.my/.


Kategori Permohonan UPU Sesi 2025-2026 

1. Kategori Permohonan UPU Lepasan SPM

A - Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun semasa (Calon yang menduduki SPM tahun 2024 sahaja)

B - Pemohon yang menggunakan keputusan SPM bukan tahun semasa (Calon yang ingin menggunakan keputusan SPM pada tahun 2022 atau 2023)

Bukan kali pertama menduduki SPM

2. Kategori Permohonan UPU Lepasan STPM/Setaraf

Untuk kategori bahagian ini, beberapa kategori telah dipecahkan kepada lepasan STPM atau setaraf dengannya. Berikut adalah kategori-kategori untuk pelajar yang ingin memohon:

A, S - STPM (Kategori A, S) 

Pemohon-pemohon yang menggunakan kelayakan STPM tahun semasa sahaja (Tahun 2024):

- Kategori A • Aliran Sastera

- Kategori S • Aliran Sains

N, P, U, L, K, J, M, V

Pelajar Matrikulasi KPM/ Asasi PASUM/ Asasi UiTM tahun semasa seperti pecahan berikut:

- Kategori N : Aliran Sains Calon Matrikulasi KPM, Asasi PASUM dan Asasi UiTM

- Kategori P : Aliran Perakaunan Calon Matrikulasi KPM

- Kategori U : Aliran Undang-Undang Calon Asasi UiTM

- Kategori L : Aliran Bahasa Inggeris Calon Asasi UiTM (TESL)

- Kategori K : Aliran Kejuruteraan Calon Asasi UiTM

- Kategori J : Aliran Teknikal Calon Matrikulasi KPM

- Kategori M : Aliran Asasi Sains Sosial UM

- Kategori V : Aliran Asasi Teknologi Kejuruteraan Politeknik

G (Diploma Universiti Awam/ Politeknik/ Kolej Komuniti)

G1 - Diploma Universiti Awam

G2 - Diploma Politeknik/ Kolej Komuniti

E

DKM / DLKM / DVM / DIPLOMA IPTS/ LUAR NEGARA / LAIN-LAIN KELAYAKAN :

E1 - Diploma Kemahiran Awam (DKM) & Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)

E2 - Diploma Vokasional Malaysia (DVM)

E3 - Diploma IPTS/ Luar negara / ILKA / Lain-lain Kelayakan

F

Kelayakan Setaraf:-

F1 - A Level

F2 - International Baccalaureate Diploma (IBD)

F3 - Sekolah Sukan (SSBJ/ SSTMI/ SSMP)

F4 - STPM (BUKAN TAHUN SEMASA)

F5 - Matrikulasi KPM/ Asasi (BUKAN TAHUN SEMASA)

F6 - STAM (Bukan Tahun Semasa)

F7 - AUSMAT/ SAM / CPU

F8 - Asasi IPTS

T (STAM 2024, 2023)

Kategori Permohonan UPUOnline 2025/2026 (Lepasan SPM & Lepasan STPM/Setaraf)

Kategori Permohonan UPUOnline 2025/2026 (Lepasan SPM & Lepasan STPM/Setaraf)

Panduan & Tips Memilih Program UPU

1. Melepasi syarat am dan syarat khas program institusi/agensi.

2. Program yang minat.

3. Semak purata merit.

4. Pilihan program mengikut keutamaan.

5. Rujuk kaunselor.

6. Pelbagai pilihan bidang dan institusi/agensi.

Kategori Permohonan UPUOnline 2025/2026 (Lepasan SPM & Lepasan STPM/Setaraf)

Iklan Permohonan Kemasukan Ke UA, Kolej Matrikulasi, IPGM, Politeknik, Kolej Komuniti & ILKA Sesi 2025/2026

Kategori Permohonan UPUOnline 2025/2026 (Lepasan SPM & Lepasan STPM/Setaraf)

Artikel Berkaitan:

👉 Panduan Beli No Pin UPU Online

👉 Cara Permohonan UPU Online 


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Kemasukan UPUOnline, sila rujuk dibawah:

▶️ Portal Rasmi UPU Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar

▶️ Facebook Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT)

▶️ Talian Operasi: 03 - 8684 2363 (Isnin – Khamis: 9:00 pagi - 5:00 petang, Rehat : 1:00 petang - 2:00 petang) (Jumaat: 9:00 pagi - 5:00 petang, Rehat : 12:15 tengah hari - 2:45 petang)

▶️ Aplikasi Mobile UPUPocket UPU

▶️ UPUchat

Media Sosial Rasmi:

▶️ TikTok: @bkpaupu

▶️ Facebook: kemasukan bpkp jpt

▶️ Telegram: UPUONLINE CHANNEL

▶️ Instagram: @kemasukanbkpa

▶️ YouTube: bkpaUPU

Semoga perkongsian Kategori Permohonan UPUOnline Sesi 2025/2026 ini dijadikan panduan buat anda semua!


No comments

Powered by Blogger.