Permohonan UNISEL 2025 Online (Diploma & Ijazah Sarjana Muda)
Permohonan UNISEL 2025 Online (Diploma & Ijazah Sarjana Muda)|BILAKAH tarikh permohonan UNISEL ambilan 2025 bakal dibuka? Perhatian buat anda Lepasan SPM dan Lepasan STPM/Setaraf yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan kemasukan ke Universiti Selangor (UNISEL) ambilan April tahun 2025 bagi pengajian di peringkat Diploma & Ijazah Sarjana Muda. Untuk makluman anda, permohonan UNISEL Sesi 2025 boleh dibuat secara online mulai 14 Januari 2025 menerusi Portal Rasmi UNISEL. Berikut dikongsikan Permohonan UNISEL 2025 Online buat rujukan anda.
Sedia maklum, Universiti Selangor atau mudah dikenali sebagai UNISEL (nama baru berkuat kuasa bermula 14 Februari 2011) dahulunya dikenali sebagai "Universiti Industri Selangor" telah ditubuhkan pada tahun 1999, universiti ini mempunyai dua kampus dimana kampus induk terletak di Bestari Jaya (dahulunya dikenali Batang Berjuntai) (disiapkan pada tahun 2005) dan kampus cawangan/satelit yang terletak di Shah Alam. UNISEL merupakan universiti milik penuh kerajaan negeri Selangor yang pertama ditubuhkan di Selangor dan Malaysia.
Permohonan UNISEL 2025 Online (Diploma & Ijazah Sarjana Muda)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan UNISEL termasuk yuran pengajian, senarai program pengajian yang ditawarkan dan syarat kemasukan:
Syarat Kemasukan UNISEL 2025
Antara Syarat Kemasukan UNISEL adalah seperti berikut:
A. Program Diploma
- Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya 3 kredit dalam subjek-subjek terpilih.
- Bagi program dalam bidang sains atau teknologi, kredit dalam subjek Matematik, Sains atau Bahasa Inggeris biasanya diperlukan.
B. Program Ijazah Sarjana Muda
- Calon perlu memiliki STPM dengan sekurang-kurangnya 2 prinsipal (GPA minimum 2.0), atau diploma dalam bidang berkaitan dengan purata nilai gred (CGPA) tertentu.
- Bagi program yang lebih teknikal, syarat tambahan seperti kredit dalam mata pelajaran tertentu seperti Matematik, Sains, atau Bahasa Inggeris mungkin dikenakan.
- Calon yang telah mengikuti program pra-universiti atau matrikulasi juga boleh memohon dengan syarat-syarat gred minimum yang ditetapkan.
Senarai Program Pengajian Yang Ditawarkan
Antara Senarai Program Pengajian Yang Ditawarkan adalah seperti berikut:
KLIK 👉 https://unisel.edu.my/programmes-offered/
Yuran Pengajian
A. Program Diploma
▶️ Kos Semester: Yuran pengajian bagi program diploma biasanya berkisar antara RM4,000 hingga RM6,000 setiap semester, bergantung kepada jurusan yang dipilih.
▶️ Fasiliti dan Sumber Pembelajaran: Termasuk akses ke perpustakaan, makmal, dan kemudahan lain yang menyokong proses pembelajaran.
B. Program Ijazah Sarjana Muda
▶️ Kos Semester: Bagi program ijazah sarjana muda, yuran pengajian dianggarkan antara RM5,000 hingga RM8,000 setiap semester, bergantung kepada bidang pengajian.
▶️ Kelengkapan Akademik: Yuran ini merangkumi akses ke kursus tambahan, seminar dan bengkel
▶️ Sumber Sokongan: Termasuk penggunaan kemudahan kampus seperti pusat komputer, sukan dan bilik kuliah moden.
Cara Permohonan Kemasukan UNISEL 2025 Online
1. Layari laman rasmi permohonan dalam talian UNISEL di pautan https://apply.unisel.edu.my/ dan daftar akaun baru.
2. Anda perlu mengisi maklumat yang diperlukan seperti nama, alamat e-mel, dan nombor telefon untuk mengaktifkan akaun permohonan anda.
3. Setelah akaun didaftarkan, pilih program pengajian yang ingin anda ceburi sama ada di peringkat Asasi, Diploma, Sarjana Muda atau Pasca Siswazah.
4. Kemudian, isikan borang permohonan dengan teliti seperti nombor kad pengenalan, keputusan akademik, dan maklumat peribadi.
5. Anda perlu muat naik dokumen sokongan seperti sijil akademik, transkrip keputusan, dan lain-lain dokumen yang relevan.
6. Setelah semua maklumat diisi dan dokumen dimuat naik, anda boleh menghantar permohonan untuk diproses oleh sistem.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Kemasukan UNISEL, sila hubungi di bawah:
◾️Bestari Jaya Campus
DU 007-01(B)
Jalan Timur Tambahan
45600 Bestari Jaya
Selangor Darul Ehsan Malaysia
◾️Shah Alam Campus
DU 007 (B)
Jalan Zirkon A7/A Seksyen 7
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan Malaysia
▶️ No. Tel: +603 32805062
▶️ No. Tel: +603 55223400
▶️ Emel: admission@unisel.edu.my
Semoga perkongsian Permohonan Kemasukan UNISEL 2025 secara online ini dijadikan panduan buat anda semua! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke UNISEL!
Post a Comment