Semakan Keputusan SBP 2025 Online (Tingkatan 1 & Tingkatan 4)
Semakan Keputusan SBP 2025 Online (Tingkatan 1 & Tingkatan 4)|BILAKAH tarikh semakan keputusan tawaran SBP Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bagi tahun 2025 bakal diumumkan? Perhatian buat anda pelajar yang ingin ketahui cara semakan keputusan SBP Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ambilan tahun 2025. Untuk makluman anda, semakan keputusan tawaran SBP 2025 boleh dibuat secara online mulai 31 Januari 2025 (Hari Khamis) menerusi Portal Rasmi KPM. Berikut dikongsikan Semakan Keputusan SBP 2025 Online buat rujukan anda.
Sedia maklum, terdahulu, Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuka sistem permohonan secara dalam talian (online) Sekolah Berasrama Penuh bagi kemasukan pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 tahun pengambilan 2025.
Semakan Keputusan SBP 2025 Online (Tingkatan 1 & Tingkatan 4)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara semakan keputusan SBP Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 termasuk tarikh & aplikasi semakan:
Tarikh Penting Keputusan SBP Tahun 2025
◾️Tarikh Semakan: 31 Januari 2025 (Hari Khamis)
◾️Aplikasi Semakan:
KLIK 👉 https://spskt1.moe.gov.my/ (Tingkatan 1)
KLIK 👉 https://spskt4.moe.gov.my/ (Tingkatan 4/Tahun 1 SVM)
Syarat Kemasukan SBP Tahun 2025
Antara Syarat Kemasukan SBP adalah seperti berikut:-
1. SEKOLAH BERASRAMA PENUH (PERDANA/AKADEMIK)
A. SYARAT UMUM
i. Warganegara Malaysia.
ii. Mencapai aras toleransi PKSK.
iii. Berpotensi cemerlang akademik.
iv. Aktif dalam kegiatan Kokurikulum.
2. SEKOLAH BERASRAMA PENUH (AGAMA)
A. SYARAT UMUM
i. Warganegara Malaysia.
ii. Mencapai aras toleransi PKSK.
iii. Berpotensi cemerlang akademik.
iv. Aktif dalam kegiatan Kokurikulum.
B. SYARAT KHUSUS
Keutamaan diberikan kepada murid yang memiliki laporan pencapaian program Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) atau Sijil Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK).
3. SEKOLAH BERASRAMA PENUH (PAKEJ TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB)
A. SYARAT UMUM
i. Warganegara Malaysia.
ii. Mencapai aras toleransi PKSK.
iii. Berpotensi cemerlang akademik.
iv. Aktif dalam kegiatan Kokurikulum.
B. SYARAT KHUSUS
i. Keutamaan diberikan kepada murid yang memiliki laporan pencapaian program Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) atau Sijil Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK).
ii. Cemerlang dalam temu duga khas (ujian TMUA).
**Hanya calon yang disenarai pendek (berdasarkan pencapaian PKSK) akan dipanggil untuk temu duga khas (ujian TMUA).
Cara Semakan Keputusan Tawaran SBP 2025 Online
1. Anda boleh membuat semakan keputusan tawaran SBP secara online menerusi pautan seperti dibawah:
◾️Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my/
◾️Tingkatan 4/Tahun 1 SVM: https://spskt4.moe.gov.my/
2. Sila rujuk tarikh pendaftaran kemasukan ke sekolah khusus @ SBP pada butiran surat tawaran yang dilampirkan.
3. Sila ambil maklum bahawa tawaran akan terbatal sekiranya calon tidak mendaftar dalam tempoh 5 hari dari tarikh pendaftaran yang ditetapkan.
Info Penting:
*Sistem semakan keputusan permohonan dan cetakan tawaran SBP secara dalam talian (online) bagi kemasukan ke Tingkatan 1 dan 4 tahun 2025 hanya akan dibuka (diaktifkan) pada tarikh yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
Semakan Keputusan eRayuan SBP 2025
1. Semakan keputusan eRayuan SBP boleh dibuat secara online menerusi pautan di https://spskt1.moe.gov.my/ (Tingkatan 1) dan https://spskt4.moe.gov.my/ (Tingkatan 4/Tahun 1 SVM).
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK), sila rujuk laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Selamat membuat Semakan Keputusan Tawaran SBP tahun 2025 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke SBP!
Post a Comment