Syarat Am Permohonan UPU 2025/2026 (Lepasan SPM & STPM/Setaraf)
Syarat Am Permohonan UPU 2025/2026 (Lepasan SPM & STPM/Setaraf)|ANDA berminat untuk membuat permohonan kemasukan ke UPU ambilan 2025 secara online? Panduan buat anda para pelajar yang ingin ketahui syarat am permohonan UPU Online Sesi Akademik 2025-2026 bagi pengajian Lepasan SPM & Lepasan STPM/Setaraf. Berikut dikongsikan Syarat Am Permohonan UPU Online 2025/2026 buat rujukan anda.
Sedia maklum, jika anda melepasi syarat am permohonan ini, anda boleh menyemak syarat khas program pengajian yang anda diminati pula. Permohonan kemasukan ke UA/ IPTA, Politeknik, ILKA dan Kolej Komuniti adalah dibuka dari 10 Februari 2025 sehingga 14 Mac 2025 menerusi Portal Rasmi UPUOnline.
Syarat Am Permohonan UPU 2025/2026 (Lepasan SPM & STPM/Setaraf)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Syarat Am Permohonan UPU Online bagi Program Lepasan SPM dan Lepasan STPM/Setaraf buat rujukan pemohon:
Syarat Am Permohonan UPU Sesi 2025/2026
A. Syarat Am UPU Program Lepasan SPM (2024 & 2023/2022)
◾️Lepasan SPM dan setaraf adalah dinasihatkan untuk merujuk kepada syarat am yang disertakan sebelum membeli Pin unik ID UPU di BSN dan membuat permohonan.
◾️Kelayakan hanya Warganegara Malaysia yang mempunyai No. Kad Pengenalan sahaja yang layak mengemukakan permohonan
i) Universiti Awam (UA)
▶️ Program Asasi
- Memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia/ setaraf (SPM/ setaraf) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah dalam peperiksaan SPM.
▶️ Program Diploma
- Pemohon mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya TIGA (3) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah.
ii) Politeknik Konvensional/ Metro, Kolej Komuniti & ILKA
▶️ Program Sijil
- Pemohon mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya SATU (1) kepujian dan lulus Bahasa Melayu dan Sejarah.
▶️ Program Asasi
- Pemohon mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah.
▶️ Program Diploma
- Pemohon mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya TIGA (3) kepujian termasuk lulus Bahasa Melayu dan Sejarah.
iii) MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (BPT)
▶️ Program Asasi
- Pemohon mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah.
▶️ Program Diploma
- Pemohon mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya lulus Bahasa Melayu dan Sejarah.
B. Syarat Am UPU Program Lepasan STPM/ Setaraf
Syarat Am permohonan kemasukan ke UA/ IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/ Setaraf adalah seperti berikut (akan dikemaskini):
◾️Terbuka kepada Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap yang mempunyai No. KP/My Kad sahaja.
◾️Bukan Warganegara memohon terus ke UA berkaitan.
◾️Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam MUET.
Info Penting:
*Tempoh sah laku (5 tahun) keputusan MUET yang diguna pakai adalah keputusan yang diperoleh sebelum atau pada tarikh tutup permohonan adalah sah digunapakai sehingga tarikh pendaftaran Semester 1 Sesi 2025/2026
i) STPM 2024
- Kepujian Bahasa Melayu
- Lulus Sejarah
- Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dengan Gred C dalam 3 mata pelajaran termasuk Pengajian Am;
ii) Matrikulasi/ Asasi 2024 & 2025
- Kepujian Bahasa Melayu
- Lulus Sejarah
- PNGK 2.00
iii) STAM 2024 & 2023
- Kepujian Bahasa Melayu
- Lulus Sejarah
- Pangkat JAYYID
iv) Diploma IPTA/ILKA/IPTS
- SPM: Mendapat Kepujian Bahasa Melayu dan lulus Sejarah
- Mempunyai kelulusan Diploma IPTA/ILKA/IPTS atau kelulusan lain yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan Senat Universiti
v) STPM (Bukan Tahun Semasa)
- SPM: Mendapat Kepujian Bahasa Melayu dan lulus Sejarah
- Lulus peperiksaan STPM dengan mendapat minima Gred C (PNGK 2.00) dalam 3 mata pelajaran termasuk Pengajian Am
vi) Matrikulasi/ Asasi (Bukan Tahun Semasa)
- SPM: Mendapat Kepujian Bahasa Melayu dan lulus Sejarah
- PNGK minima 2.00
vii) STAM (Bukan Tahun Semasa)
- SPM: Mendapat Kepujian Bahasa Melayu dan lulus Sejarah
- Pangkat minima Jayyid
viii) PRA-U
- SPM: Mendapat Kepujian Bahasa Melayu dan lulus Sejarah
- Lulusan Sekolah Sukan Malaysia/ GCE A-level/ International Baccalaureate Diploma/ AUSMAT yang diluluskan oleh Kerajaan Malaysia dan Senat Universiti
v) Diploma TVET/ DKM/ DVM/ DLKM
- Mempunyai kelulusan Diploma yang diiktiraf Kerajaan Malaysia dan Senat Universiti
Artikel Berkaitan:
👉 Tarikh Penting Kemasukan UPU Online
👉 Cara Permohonan UPUOnline
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Kemasukan UPUOnline, sila rujuk dibawah:
▶️ Portal Rasmi UPU Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
▶️ Facebook Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT)
▶️ Talian Operasi: 03 - 8684 2363 (Isnin – Khamis: 9:00 pagi - 5:00 petang, Rehat : 1:00 petang - 2:00 petang) (Jumaat: 9:00 pagi - 5:00 petang, Rehat : 12:15 tengah hari - 2:45 petang)
▶️ Aplikasi Mobile UPUPocket UPU
▶️ UPUchat
Media Sosial Rasmi:
▶️ TikTok: @bkpaupu
▶️ Facebook: kemasukan bpkp jpt
▶️ Telegram: UPUONLINE CHANNEL
▶️ Instagram: @kemasukanbkpa
▶️ YouTube: bkpaUPU
Semoga perkongsian Syarat Am Permohonan UPU untuk Program Pengajian Lepasan SPM dan STPM/Setaraf ini boleh dijadikan panduan buat anda semua! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi yang diimpikan!
Post a Comment