Tarikh dan Jadual Duit PTPTN Masuk 2025 (Semakan)
Tarikh dan Jadual Duit PTPTN Masuk 2025 (Semakan)|ADAKAH anda pemohon Pinjaman Pembiayaan PTPTN? Bilakah tarikh kredit duit PTPTN bagi tahun 2025? Perhatian buat pelajar IPTA, IPTS, Politeknik & UITM yang ingin ketahui tarikh dan jadual kemasukan duit PTPTN tahun 2025. Untuk makluman anda, kini pemohon boleh membuat permohonan Pinjaman PTPTN secara dalam talian (online) menerusi Portal Rasmi PTPTN. Berikut dikongsikan Tarikh dan Jadual Kemasukan Duit PTPTN 2025 buat rujukan anda.
Sedia maklum, Skim Pinjaman Pendidikan PTPTN diwujudkan bagi tujuan untuk memberi pinjaman pendidikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tempatan. Pinjaman pendidikan ini akan membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian. Kemudahan pinjaman pendidikan PTPTN adalah terbuka kepada pelajar yang menyambung pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) tempatan sahaja.
Tarikh dan Jadual Duit PTPTN Masuk 2025 (Semakan)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Tarikh dan Jadual Kemasukan Duit PTPTN IPTA, IPTS, Politeknik & UITM termasuk syarat kelayakan permohonan:
Syarat Kelayakan Permohonan Pembiayaan PTPTN
Antara Syarat Kelayakan Permohonan Pembiayaan PTPTN adalah seperti berikut:
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;
3. Pendapatan (kasar) bulanan ibu bapa atau penjaga tidak melebihi RM50,000 (setelah ditolak RM250 seorang tanggungan);
4. Mendapat tawaran ke IPTA/ IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan masuk yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);*
5. Kursus yang diikuti oleh pelajar IPTA/ IPTS dan Politeknik mestilah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi dan berdaftar dengan PTPTN*;
6. Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) semester;
7. Telah membuka akaun Simpan SSPN Prime/ Simpan SSPN Plus**
*Hanya kursus yang diluluskan PTPTN akan didaftarkan dan disenaraikan dalam Portal Permohonan Online PTPTN. Pihak IPT perlu membuat permohonan kepada PTPTN sekiranya ingin mendapatkan kemudahan pinjaman PTPTN.
**Hanya akaun Simpan SSPN Prime yang mempunyai 15 digit sahaja yang boleh membuat permohonan PTPTN. Sila hubungi cawangan PTPTN berhampiran untuk menyemak nombor akaun Simpan SSPN Prime 15 digit.
Semakan Jadual Permohonan dan Bayaran PTPTN
1. Untuk semakan jadual bayaran pinjaman PTPTN boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi Portal Rasmi PTPTN di https://www.ptptn.gov.my/
2. Masukkan "Nama Kursus dan Nama IPT" anda untuk membuat carian.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Pinjaman PTPTN, sila rujuk dibawah:
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Tingkat Bawah, Menara PTPTN
Blok D, Megan Avenue II
No.12, Jalan Yap Kwan Seng
50450 Kuala Lumpur
Emel: eaduan.ptptn.gov.my
No. Tel: 03 – 2193 3000
Semoga perkongsian Tarikh dan Jadual Duit PTPTN Masuk 2025 ini dijadikan panduan buat anda semua!
Post a Comment