Header Ads

Tarikh & Jumlah Bayaran BAP 2025 (Bantuan Awal Persekolahan)

Tarikh & Jumlah Bayaran BAP 2025 (Bantuan Awal Persekolahan)|BILAKAH tarikh pembayaran BAP tahun 2025 bakal diumumkan? Perhatian buat anda pelajar Tahun 1 hingga Tingkatan Enam (6) yang ingin ketahui tarikh dan jumlah pembayaran Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi tahun 2025. Untuk makluman anda, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuat agihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 sesi persekolahan 2024/2025 bermula pada 13 Januari 2025. Berikut dikongsikan Tarikh & Jumlah Bayaran BAP 2025 buat rujukan anda.

Tarikh & Jumlah Bayaran BAP 2025 (Bantuan Awal Persekolahan)

Sedia maklum, agihan BAP bagi murid Tingkatan 6 Semester 2 dan Tahun 1 sesi persekolahan 2025/2026 pula akan dilaksanakan mulai 16 Februari 2025 manakala agihan kepada murid Tingkatan 6 baharu akan dilaksanakan mulai 1 Julai 2025. Kerajaan MADANI memperuntukkan sejumlah RM791,250,000 khusus untuk bayaran BAP sebanyak RM150 kepada setiap murid secara one-off (sekali bayar) yang akan memberi manfaat kepada lebih 5.2 juta orang murid. Pada tahun ini, buat pertama kali inisiatif BAP akan turut diperluaskan kepada pelajar Tingkatan 6.


Tarikh & Jumlah Bayaran BAP 2025 (Bantuan Awal Persekolahan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh dan jadual bayaran BAP termasuk jumlah dan kaedah pembayaran:


Kaedah Pembayaran BAP Tahun 2025

Agihan BAP kepada murid akan dilakukan oleh pihak sekolah menggunakan kaedah seperti berikut:

1. Serahan tunai kepada ibu bapa (sekolah rendah) atau ibu bapa/murid (sekolah menengah); atau

2. Pengkreditan ke akaun bank murid; atau

3. Pengkreditan ke akaun bank ibu bapa (dilaksanakan mulai tahun 2025).


Kadar Bantuan BAP 2025

- Murid yang layak akan menerima BAP akan diberi bantuan sebanyak RM150.00 bagi seorang murid secara sekaligus (one-off).

- Peluasan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) untuk pelajar Tingkatan 6 sebanyak RM150 setiap seorang bakal memberi manfaat kepada 100,000 orang pelajar dengan kos keseluruhan berjumlah RM15 juta.


Syarat & Kriteria Kelayakan Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

Pemberian BAP kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

A. Murid warganegara Malaysia 

- Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 6 atau yang setaraf dengannya bagi Sesi Persekolahan 2025/2026; dan

B. Murid bersekolah di

- Sekolah Kerajaan (SK)

- Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)

- Sekolah Agama

- Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan

- Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih

- Sekolah Integriti

- Sekolah Henry Gurney


Tarikh dan Jadual Bayaran BAP Tahun 2025

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memulakan agihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) pada tarikh berikut:

▶️ Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 sesi persekolahan 2024/2025 - 13 Januari 2025

▶️ Murid Tingkatan 6 Semester 2 dan Tahun 1 sesi persekolahan 2025/2026 - 16 Februari 2025

▶️ Murid Tingkatan 6 baharu - 1 Julai 2025

Tarikh & Jumlah Bayaran BAP 2025 (Bantuan Awal Persekolahan)

Maklumat Lanjut 

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Bantuan Awal Persekolahan 2025 (BAP), sila rujuk pada pautan dibawah:

◾️Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia: https://www.moe.gov.my/

◾️Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia: https://www.facebook.com/KemPendidikan

Semoga perkongsian Tarikh & Jumlah  Bayaran BAP Tahun 2025 ini dijadikan panduan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.