Tarikh dan Cara Pembelian No Pin UPU 2025/2026
Tarikh dan Cara Pembelian No Pin UPU 2025/2026
Panduan Membeli Nombor Pin Unik ID UPU Di BSN
Tarikh Penting Pembelian No Pin UPU 2025-2026
Cara Pembelian No Pin UPU Sesi 2025/2026
1. Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Pemohon boleh datang sendiri ke mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan membawa kad pengenalan diri / My Kad dan wang untuk membuat pembayaran.
- Salinan Kad Pengenalan/ MyKad pemohon perlu dikemukakan semasa pembelian Pin Unik ID UPU.
2. ATM (Automated Teller Machine) BSN
- Pembelian melalui ATM BSN memerlukan pemohon atau ibu bapa untuk mempunyai akaun GIRO BSN dan kad ATM BSN. Jika pemohon tidak mempunyai kad BSN berkenaan, anda boleh juga meminjamnya daripada ibu bapa, saudara dan sebagainya. Jika tidak ada juga boleh guna kaedah lain iaitu membuat pembelian. Langkah pembelian PIN UPU Di mesin ATM BSN adalah seperti berikut :-
1. Masukkan Kad ATM dan Nombor PIN
2. Pilih Urusan: “Beli Pin”
3. Pilih Jenis Permohonan: “IPTA”.
4. Pilih jenis program Contohnya “SPM” ataupun “STPM” atau lain-lain
5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan Diri / My Kad pemohon. “YA” untuk meneruskan urusan
6. Semak Maklumat pembelian Pin unik ID UPU. Klik “SETUJU” untuk meneruskan urusan. “BATAL” untuk membatalkan urusan.
7. Resit dicetak. Simpan resit yang dicetak untuk rujukan pada masa depan.
3. Perbankan Internet – myBSN
- Pemohon hendaklah mempunyai akaun BSN dan kad ATM BSN bagi mendaftar akaun perbankan internet myBSN. Setelah mendaftar, pemohon boleh membeli nombor PIN di bahagian perkhidmatan yang disediakan seperti berikut:
1. Log masuk ke dalam akaun myBSN online banking.
2. Klik "Pin Purchase".
3. Pilih Organization "UPU".
4. Pilih Program "Lepasan SPM" atau "Lepasan STPM/setaraf".
5. Isikan maklumat seterusnya dengan lengkap.
Jenis Pembelian PIN Di BSN
Selain pembelian PIN untuk Permohonan UPU, Pin Unik ID juga diperlukan untuk melibatkan urusan permohonan seperti berikut:
1. Program Matrikulasi KPM
2. Melanjutkan pelajaran ke UiTM. Selain melalui permohonan UPUOnline
3. Permohonan USM selain melalui permohonan UPUonline (seperti Diploma Kejururawatan, Saluran ALternatif, Program Pesisir dan sebagainya)
4. Permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)
5. Melanjutkan pelajaran ke UNISEL
6. Majlis Peperiksaan Malaysia (MUET, STPM dan sebagainya)
7. Permohonan Pinjaman PTPTN
Artikel Berkaitan:
👉 Tarikh Penting Kemasukan UPU Online
👉 Cara Permohonan UPUOnline
Semoga perkongsian Tarikh dan Cara Beli Nombor Pin Unik ID UPU di BSN boleh dijadikan panduan buat pemohon kemasukan ke UA/IPTA melalui permohonan UPUOnline!
Post a Comment