Header Ads

Tarikh dan Cara Pembelian No Pin UPU 2025/2026

Tarikh dan Cara Pembelian No Pin UPU 2025/2026|BILAKAH tarikh pembelian No Pin Unik ID UPU bagi tahun 2025-2026? Bagaimana panduan pembelian No Pin UPU di BSN? Perhatian buat anda pelajar Lepasan SPM dan Lepasan STPM/Setaraf yang ingin ketahui tarikh dan cara pembelian No Pin UPUOnline Sesi Akademik 2025/2026. Untuk makluman anda, tarikh pembelian Nombor Pin UPU 2025/2026 adalah mulai 9 Februari 2025 hingga tarikh tutup pada 15 Mei 2025. Berikut dikongsikan Tarikh dan Cara Pembelian No Pin UPU 2025/2026 buat rujukan anda.

Tarikh dan Cara Pembelian No Pin UPU 2025/2026

Sedia maklum, harga Nombor Unik ID UPU pada tahun ini adalah RM10.60. Permohonan kemasukan ke UPUOnline untuk sesi akademik 2025/2026 bagi lepasan SPM adalah bermula 10 Februari 2025 hingga 14 Mac 2025 dan Lepasan STPM/Setaraf akan dibuka bermula dari tarikh yang sama. Sebelum membuat permohonan UPU secara online, anda perlu membeli no pin UPU Online terlebih dahulu. 

Tarikh dan Cara Pembelian No Pin UPU 2025/2026

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh, harga dan cara pembelian No Pin UPU Sesi Akademik 2025-2026:

Panduan Membeli Nombor Pin Unik ID UPU Di BSN

Sebelum mengemukakan permohonan, pemohon dikehendaki membeli Nombor Unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat dan kaedah pembelian Nombor Unik ID adalah secara individu seperti berikut:

1. Pembelian mulai 9 Februari sehingga 15 Mei 2025. Jualan Nombor Unik ID ditutup sehari awal daripada tarikh tutup permohonan.

2. Pembelian secara individu melalui kaunter BSN, Mesin Automated Teller Machine (ATM) BSN dan Perbankan Internet. Pembelian melalui kaedah Mesin Automated Teller Machine (ATM) dan Perbankan Internet memerlukan pemohon/ ibu bapa memiliki Akaun myBSN.

3. Bayaran pembelian No. Unik ID sebanyak RM10.60 sahaja.

4. Salinan Kad Pengenalan/ MyKad pemohon perlu dikemukakan semasa pembelian
Pembelian Nombor Unik ID mestilah berdasarkan Nama dan Nombor Kad Pengenalan/ MyKad pemohon.

5. BSN akan mengeluarkan salinan resit pembayaran bersama-sama dengan Nombor Unik ID.

6. Jangan dedahkan Nombor Unik ID kepada orang lain, kerana ianya adalah SULIT.

Tarikh Penting Pembelian No Pin UPU 2025-2026

◾️Tarikh Dibuka: 9 Februari 2025
◾️Tarikh Ditutup: 15 Mei 2025

Cara Pembelian No Pin UPU Sesi 2025/2026

Berikut dikongsikan cara pembelian No Pin UPUOnline melalui 3 kaedah ini:

1. Pembelian di kaunter BSN
2. Pembelian di mesin ATM BSN
3. Pembelian secara online (online banking di myBSN)

1. Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)

- Pemohon boleh datang sendiri ke mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan membawa kad pengenalan diri / My Kad dan wang untuk membuat pembayaran.

- Salinan Kad Pengenalan/ MyKad pemohon perlu dikemukakan semasa pembelian Pin Unik ID UPU.

2. ATM (Automated Teller Machine) BSN

- Pembelian melalui ATM BSN memerlukan pemohon atau ibu bapa untuk mempunyai akaun GIRO BSN dan kad ATM BSN. Jika pemohon tidak mempunyai kad BSN berkenaan, anda boleh juga meminjamnya daripada ibu bapa, saudara dan sebagainya. Jika tidak ada juga boleh guna kaedah lain iaitu membuat pembelian. Langkah pembelian PIN UPU Di mesin ATM BSN adalah seperti berikut :-

1. Masukkan Kad ATM dan Nombor PIN

2. Pilih Urusan: “Beli Pin”

3. Pilih Jenis Permohonan: “IPTA”.

4. Pilih jenis program Contohnya “SPM” ataupun “STPM” atau lain-lain

5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan Diri / My Kad pemohon. “YA” untuk meneruskan urusan

6. Semak Maklumat pembelian Pin unik ID UPU. Klik “SETUJU” untuk meneruskan urusan. “BATAL” untuk membatalkan urusan.

7. Resit dicetak. Simpan resit yang dicetak untuk rujukan pada masa depan.

3. Perbankan Internet – myBSN

- Pemohon hendaklah mempunyai akaun BSN dan kad ATM BSN bagi mendaftar akaun perbankan internet myBSN. Setelah mendaftar, pemohon boleh membeli nombor PIN di bahagian perkhidmatan yang disediakan seperti berikut:

1. Log masuk ke dalam akaun myBSN online banking. 

2. Klik "Pin Purchase".

3. Pilih Organization "UPU".

4. Pilih Program "Lepasan SPM" atau "Lepasan STPM/setaraf".

5. Isikan maklumat seterusnya dengan lengkap.

Tarikh dan Cara Pembelian No Pin UPU 2025/2026

Jenis Pembelian PIN Di BSN

Selain pembelian PIN untuk Permohonan UPU, Pin Unik ID juga diperlukan untuk melibatkan urusan permohonan seperti berikut:

1. Program Matrikulasi KPM
2. Melanjutkan pelajaran ke UiTM. Selain melalui permohonan UPUOnline
3. Permohonan USM selain melalui permohonan UPUonline (seperti Diploma Kejururawatan, Saluran ALternatif, Program Pesisir dan sebagainya)
4. Permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)
5. Melanjutkan pelajaran ke UNISEL
6. Majlis Peperiksaan Malaysia (MUET, STPM dan sebagainya)
7. Permohonan Pinjaman PTPTN


Artikel Berkaitan:

👉 Tarikh Penting Kemasukan UPU Online

👉 Cara Permohonan UPUOnline 

Semoga perkongsian Tarikh dan Cara Beli Nombor Pin Unik ID UPU di BSN boleh dijadikan panduan buat pemohon kemasukan ke UA/IPTA melalui permohonan UPUOnline!


No comments

Powered by Blogger.