Header Ads

Cara Pengiraan Markah Merit UPU 2025/2026 (Lepasan SPM & STPM/Setaraf)

Cara Pengiraan Markah Merit UPU 2025/2026 (Lepasan SPM & STPM/Setaraf)|APAKAH itu markah merit UPU? Perhatian buat para pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi ambilan tahun 2025-2026. Untuk makluman anda, Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA telah menyediakan e-Panduan dan UPUPocket 2.0 sebagai aplikasi pengiraan markah merit pelajar. Berikut dikongsikan Kalkulator Markah Merit UPU menerusi konsep Meritokrasi buat rujukan anda.

Cara Pengiraan Markah Merit UPU 2025/2026 (Lepasan SPM & STPM/Setaraf)

Sedia maklum, Pengiraan markah merit tidak perlu dilakukan secara manual lagi kerana aplikasi e-Panduan akan membantu pelajar untuk membuat pengiraan markah merit secara online. Markah merit kemasukan pelajar ke IPTA adalah berdasarkan prinsip meritokrasi bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan yang setaraf dengannya. Untuk Lepasan STPM/ setaraf, konsep meritokrasi juga digunakan. Pelajar perlu mengetahui markah merit sebelum membuat permohonan UPUonline bagi memastikan pelajar dapat menentukan bidang, kursus dan UA yang paling sesuai dengan merit yang mereka miliki.


Cara Pengiraan Markah Merit UPU 2025/2026 (Lepasan SPM & STPM/Setaraf)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara pengiraan Markah Merit UPU secara online mengikut kategori menerusi konsep Meritokrasi:


Maksud Meritokrasi?

▶️ Meritokrasi adalah penentuan nilai merit yang dilaksanakan tanpa mengira agama, bangsa, keturunan, negeri, tempat tinggal dan sebagainya. Prinsip meritokrasi mengguna pakai:

- 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum bagi kemasukan ke 20 Universiti Awam (UA), 36 buah Politeknik, 105 Kolej Komuniti, dan 4 Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)


Aplikasi Kalkulator Markah Merit UPUOnline 

Berikut dikongsikan Aplikasi Kalkulator Markah Merit UPU bagi Lepasan SPM dan Lepasan STPM/Setaraf:

A. Lepasan SPM/ Setaraf

▶️ UPUPocket 2.0 Muat Turun Aplikasi Mobile Di Google Play & AppStore

▶️ Merit SPM

B. Lepasan STPM/ Setaraf

▶️ Merit STPM

Info Penting:

*Anda perlu memilih mengikut kategori masing-masing untuk membuat pengiraan markah merit UPU


Cara Membuat Pengiraan Markah Merit UPU

1. Pilih kategori anda sama ada Lepasan SPM  atau Lepasan STPM/Setaraf.

2. Masukkan keputusan gred anda mengikut matapelajaran dan jenis aliran dan klik kira.

3. Markah merit UPU akan dipaparkan di screen anda.

4. Anda juga boleh membuat kiraan merit melalui Aplikasi UPUPocket 2.0 yang telah dimuat turun di telefon masing-masing dengan cara berikut:

Cara Pengiraan Markah Merit UPU 2025/2026 (Lepasan SPM & STPM/Setaraf)

Markah Kokurikulum

- Markah kokurikulum 10% bagi calon sekolah di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan dibekalkan oleh Bahagian Seni dan Kokurikulum KPM kepada BPKP JPT.

- Bagi calon persendirian, markah kokurikulum adalah berdasarkan maklumat kokurikulum yang diisi semasa mengemukakan permohonan.

- Markah kokurikulum dikira berdasarkan purata 2 daripada 4 bidang yang terbaik dengan markah 10%.


Artikel Berkaitan:


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat berkaitan UPUOnline, sila hubungi dibawah:

BAHAGIAN KEMASUKAN PELAJAR IPTA

JABATAN PENDIDIKAN TINGGI

ARAS 4, MENARA 2, JALAN P5/6, PRESINT 5

62200 PUTRAJAYA, WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

No. Tel: 03-8684 2363

E-mel: upu@mohe.gov.my

Laman Web UPU: https://upu.mohe.gov.my/

Semoga perkongsian Cara Pengiraan Markah Merit UPU ini dijadikan panduan buat anda semua!


No comments

Powered by Blogger.