Permohonan Biasiswa Yang Dipertuan Agong 2025 Online (BYDPA)
Permohonan Biasiswa Yang Dipertuan Agong 2025 Online (BYDPA)|BILAKAH tarikh permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2025 bakal dibuka? Perhatian buat anda pelajar yang berkelayakan membuat permohonan Biasiswa Yang Dipertuan Agong ambilan tahun 2025. Untuk makluman anda, permohonan Biasiswa Yang Dipertuan Agong 2025 boleh dibuat secara online mulai 3 hingga 28 Februari 2025 menerusi Portal Rasmi JPA. Berikut dikongsikan Permohonan Biasiswa Yang Dipertuan Agong 2025 Online buat rujukan anda.
Sedia maklum, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa semua warganegara Malaysia yang cemerlang dan berwawasan tinggi untuk memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2025 bagi pengajian peringkat Sarjana (Penyelidikan) atau Doktor Falsafah (Ph.D). Biasiswa Yang diPertuan Agong (BYDPA) adalah bagi mengiktiraf kebolehan luar biasa seseorang pelajar, di samping memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian. BYDPA menawarkan sebanyak 12 biasiswa iaitu enam untuk pengajian di peringkat Sarjana dan enam untuk pengajian di peringkat PhD di institusi pengajian tinggi tempatan atau universiti terkemuka dunia yang disenaraikan oleh JPA mengikut bidang pengajian.
Permohonan Biasiswa Yang Dipertuan Agong 2025 Online (BYDPA)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan BYDPA termasuk syarat kemasukan dan dokumen sokongan yang diperlukan:
Senarai Bidang Pengajian Yang Ditawarkan
Bidang pengajian di bawah penajaan BYDPA ialah bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), Ekonomi, Undang-Undang, Kewangan Islam dan Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence).
Syarat Kemasukan Biasiswa Yang Dipertuan Agong 2025
Antara Syarat Kemasukan Biasiswa Yang Dipertuan Agong adalah seperti berikut:
A. SYARAT UMUM
1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2025;
3. Pegawai/ Pelajar yang menghidap penyakit kronik/ berjangkit/ penyakit yang memerlukan rawatan susulan dibenarkan untuk memohon kemudahan program ini untuk pengajian dalam negara;
4. Permohonan untuk mengikuti pengajian ke luar negara dikehendaki bebas daripada penyakit kronik/ berjangkit/ penyakit yang memerlukan rawatan susulan dan disahkan sihat serta berupaya mengikuti pengajian sehingga tamat oleh Pegawai Perubatan. Ahli keluarga pemohon (pegawai awam sahaja) yang dibawa bersama (pengajian luar negara) juga perlu bebas daripada penyakit kronik/ berjangkit/ penyakit yang memerlukan rawatan susulan. Sekiranya laporan perubatan mengesahkan pegawai atau ahli keluarga yang dibawa bersama menghidap penyakit kronik/ berjangkit/ penyakit yang memerlukan rawatan susulan, penawaran kemudahan ini akan dibatalkan; dan
5. Pegawai awam yang memohon BYDPA mestilah tertakluk kepada syarat-syarat umum permohonan kemudahan Cuti Belajar yang sedang berkuatkuasa..
B. SYARAT KHUSUS
1. Pelajar mestilah mempunyai keputusan akademik yang amat cemerlang di peringkat pengajian:
– Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya bagi calon Sarjana; atau
– Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya bagi calon Ph.D.
2. Pelajar telah mendapat tawaran tanpa syarat (unconditional offer) bagi pengajian secara sepenuh masa pada tahun penawaran di institusi pengajian tinggi yang disenaraikan oleh JPA mengikut bidang pengajian atau telah memulakan pengajian secara sepenuh masa pada tahun penawaran di institusi pengajian tinggi yang disenaraikan oleh JPA mengikut bidang pengajian.
3. Untuk pengajian bagi peringkat Sarjana adalah secara mod penyelidikan sahaja yang mewajibkan penyediaan kertas penyelidikan atau disertasi atau tesis.
4. Pelajar terlibat dalam penghasilan kerja-kerja kreatif dan inovatif seperti penulisan, rekacipta seni atau teknologi dan sebagainya iaitu:
– Calon Sarjana: Penglibatan calon secara aktif adalah satu kelebihan; atau
– Calon Ph.D: Penglibatan calon adalah wajib.
Cara Permohonan Biasiswa Yang Dipertuan Agong 2025 Online
1. Layari laman web JPA secara online menerusi pautan di https://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=AGNG.
2. Kemudian, muat turun borang permohonan selepas selesai membuat permohonan.
3. Anda perlu sediakan dokumen sokongan yang diperlukan.
4. Hantar borang permohonan beserta dokumen yang diperlukan ke alamat berikut:
Ketua Pengarah
Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 3, Blok C2, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA
(u.p: Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan)
Dokumen Yang Diperlukan
Antara dokumen sokongan yang perlu dihantar bersama-sama borang permohonan adalah seperti berikut:
- Salinan ijazah pertama atau setaraf (skrol dan transkrip yang disahkan oleh pegawai berkelayakan bagi permohonan peringkat Sarjana dan Ph.D).
- Salinan Ijazah Sarjana atau setaraf (skrol dan transkrip yang disahkan oleh pegawai berkelayakan bagi permohonan peringkat Ph.D).
- Surat tawaran tanpa syarat (unconditional offer) daripada universiti/institusi pengajian atau slip/pengesahan pendaftaran semester pertama pengajian.
- Salinan sijil, surat atau apa-apa pembuktian/pengesahan penglibatan dalam penghasilan kerja-kerja kreatif dan inovatif seperti penulisan, reka cipta seni atau teknologi dan sebagainya yang disahkan oleh pegawai berkelayakan untuk calon Sarjana (sekiranya ada) tetapi wajib untuk calon Ph.D.
- Salinan sijil, surat atau apa-apa pembuktian/pengesahan penglibatan dalam kegiatan ko-kurikulum/aktiviti kemasyarakatan yang disahkan oleh pegawai berkelayakan.
- Kertas cadangan penyelidikan (Research Proposal) dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris untuk pengajian dalam negara atau Bahasa Inggeris bagi pengajian di luar negara.
- Borang JPA(L)LDP1A/96 yang telah dilengkapkan dan ditandatangani oleh pihak-pihak yang berkaitan dokumen ini hanyalah untuk pemohon yang terdiri daripada penjawat awam sahaja.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Program BYDPA, sila hubungi di talian 03 - 8885 3569/3438 atau emelkan kepada penawaranldp@jpa.gov.my.
Semoga perkongsian Permohonan Biasiswa Yang Dipertuan Agong tahun 2025 ini dijadikan panduan buat anda semua!
Post a Comment