Header Ads

Permohonan UPTM Sesi Mei 2025 Online (Syarat Kemasukan)

Permohonan UPTM Sesi Mei 2025 Online (Syarat Kemasukan)|BILAKAH tarikh permohonan UPTM Sesi 2025 bakal dibuka? Perhatian buat anda pelajar Lepasan STPM/Setaraf yang berkelayakan membuat permohonan kemasukan ke UPTM ambilan Mei tahun 2025 bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD). Untuk makluman, permohonan UPTM Sesi 2025 boleh dibuat secara online menerusi Portal Rasmi UPTM. Berikut dikongsikan Permohonan UPTM 2025 Online buat rujukan anda.

Permohonan UPTM Sesi Mei 2025 Online (Syarat Kemasukan)

Sedia maklum, bagi Lepasan STPM, STAM, Diploma atau Matrikulasi yang ingin menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) menawarkan peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda kepada pemohon yang berminat menyambung pengajian di universiti tersebut. Poly-Tech MARA (KUPTM) Kuala Lumpur atau kini dikenali sebagai UPTM merupakan salah sebuah institusi pengajian tinggi yang terletak di Kuala Lumpur. Kini UPTM menawarkan program akademik dari peringkat asasi hingga peringkat Doktor Falsafah dan menawarkan 28 program akademik iaitu dua program Ijazah Doktor Falsafah, lima program Ijazah Sarjana, 12 program Ijazah Sarjana Muda, dua program perakaunan profesional, empat program Diploma dan tiga program asasi.


Permohonan UPTM Sesi Mei 2025 Online (Syarat Kemasukan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan UPTM termasuk syarat kemasukan dan senarai program pengajian yang ditawarkan:


Kelebihan Yang Ditawarkan UPTM

Antara Kelebihan Yang Ditawarkan di UPTM adalah seperti berikut:

▶️ Penajaan yuran pengajian dan Elaun Sara Hidup untuk sepanjang tempoh pengajian

▶️ Wang pendahuluan yang disediakan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA)


Bidang Pengajian Yang Ditawarkan

Bidang pengajian yang ditawarkan di UPTM adalah seperti berikut:

- Bachelor of Accountancy (Honours)

- Bachelor of Business Administration (Honours) Human Resource Management

- Bachelor of Business Administration (Honours)

- Bachelor of Corporate Administration (Honours)

- Bachelor of Arts (Honours) in Applied English Language Studies

- Bachelor of Early Childhood Education Honours

- Bachelor of Education (Honours) in Teaching English as a Second Langguage

- Bachelor of Communication (Hons) in Corporate Communication

- Bachelor of Arts in 3D Animation and Digital Media (Honours)

- Bachelor of Information Technology (Hons) in Business Computing

- Bachelor of Information Technology (Honours) in Computer Application Development

- Bachelor of Information Technology (Hons) in Cyber Security


Syarat Kemasukan UPTM Sesi 2025

Antara Syarat Kemasukan UPTM secara adalah seperti berikut:

◾️Lepasan STPM: Minimum Gred C (NGMP 2.00) dalam mana mana 2 mata pelajaran.

◾️Lepasan STAM: Lulus dengan Gred minimum pangkat Jayyid.

◾️Lepasan Diploma: Diploma atau yang setara dengan nya dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.00.

◾️Lepasan Matrikulasi/Asasi dengan minimum PNGK 2.00.


Cara Permohonan Kemasukan Universiti Poly-Tech Malaysia 2025 Online

1. Layari laman web KPTM secara online menerusi pautan di https://eadmission.kptm.edu.my/.

2. Klik butang "New Application".

3. Kemudian, isikan semua maklumat permohonan yang diperlukan dan klik pada butang "Register".

4. Log masuk semula akaun dan isikan maklumat permohonan sehingga selesai.

Permohonan UPTM Sesi Mei 2025 Online (Syarat Kemasukan)

Artikel Berkaitan:


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Kemasukan UPTM, sila layari laman web UPTM di https://www.uptm.edu.my/.

Universiti Poly-Tech Malaysia 

Jalan 6/91, Taman Shamelin Perkasa

Cheras, Kuala Lumpur, Malaysia

General Line: +603 9206 9700

Tel : +603 92837186 (Marketing)

Fax : +603 92810475

Emel : marketing@uptm.edu.my

Semoga perkongsian Permohonan Kemasukan UPTM 2025 secara online ini dijadikan panduan buat anda semua! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke UPTM!


No comments

Powered by Blogger.