Permohonan UPU 2025/2026 Online (Lepasan SPM & Lepasan STPM/Setaraf)
Permohonan UPU 2025/2026 Online (Lepasan SPM & Lepasan STPM/Setaraf)|BILAKAH tarikh permohonan UPU Online Sesi Akademik 2025-2026 bakal dibuka? Perhatian buat anda pelajar Lepasan SPM dan Lepasan STPM/ Setaraf yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan kemasukan ke UPUOnline ambilan tahun 2025/2026 bagi pengajian di Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT). Untuk makluman anda, permohonan UPU 2025-2026 boleh dibuat secara online mulai 10 Februari 2025 (Hari Isnin) jam 12:00 tengahari sehingga 14 Mac 2025 (jam 5:00 petang) menerusi Portal Rasmi UPUOnline. Berikut dikongsikan Permohonan UPU 2025/2026 Online buat rujukan anda.
Sedia maklum, permohonan memasuki UA/ IPTA adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap yang mempunyai No.KP/ MyKad sahaja. Dua kategori permohonan yang layak memohon adalah pelajar lepasan SPM dan lepasan STPM/ setaraf. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Bahagian Pengurusan kemasukan Pelajar (BPKP) telah menyediakan satu sistem yang dikenali sebagai UPU untuk mengurus kemasukan pelajar ke IPT. BPKP bertanggungjawab menguruskan kemasukan pelajar ke Universiti Awam, Politeknik dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).
Permohonan UPU 2025/2026 Online (Lepasan SPM & Lepasan STPM/Setaraf)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan UPUOnline termasuk syarat kemasukan, tarikh penting dan kategori permohonan:
Syarat Am Kemasukan UPU Online 2025-2026
Antara Syarat Kemasukan UPU Online adalah seperti berikut:
KLIK 👉 Syarat Am Kemasukan UPU
Kategori Permohonan UPUOnline Lepasan SPM & Lepasan STPM/Setaraf
A. KATEGORI PEMOHON LEPASAN SPM – Sijil / Asasi. Diploma & Ijazah Sarjana Muda UiTM, Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT)
◾️Kategori A: SPM 2024 (Tahun Semasa)
◾️Kategori B: SPM 2023 & 2022 (Bukan Tahun Semasa)
B. KATEGORI PEMOHON LEPASAN STPM/ SETARAF – Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam (UA)
◾️01 : STPM 2024
▶️ Kategori A – Aliran Sastera
▶️ Kategori S – Aliran Sains
◾️02 – Matrikulasi / Asasi
▶️ Kategori N – Aliran Sains Calon Matrikulasi KPM, Asasi Sains UM, ASASIpintar UKM & Asasi UiTM
▶️ Kategori P – Aliran Perakaunan Calon Matrikulasi KPM
▶️ Kategori U – Aliran Undang-undang (KPM) Calon Asasi UiTM
▶️ Kategori K – Aliran Kejuruteraan Calon Asasi UiTM
▶️ Kategori L – Aliran Bahasa Inggeris Calon Asasi UiTM (TESL)
▶️ Kategori J – Aliran Kejuruteraan Calon Matrikulasi KPM
▶️ Kategori M – Aliran Asasi Sains Sosial UM
▶️ Kategori V – Aliran Asasi Teknologi Kejuruteraan Politeknik
◾️03 : STAM 2024/2023
▶️ Kategori T
◾️04 : Diploma / Setaraf
▶️ Kategori E – Kelayakan Diploma DKM / DLKM, DVM, Diploma IPTS / Luar Negara / ILKA / Lain-lain Diploma
▶️ Kategori F – Kelayakan setaraf A-Level, International Baccalaureate (IB), Sekolah Sukan, STPM*, Matrikulasi*, STAM*, AUSMAT / SAM / CPU, Foundation IPTS (*Bukan tahun semasa)
▶️ Kategori G – Diploma UA / Politeknik / Kolej Komuniti
Tarikh Penting Permohonan UPU Online 2025/2026
Bagi pelajar Lepasan SPM dan Lepasan STPM/Setaraf, tempoh permohonan UPUOnline Sesi 2025/2026 terdapat dalam 2 fasa berikut:
◾️FASA 1: 10 Februari 2025 – 14 Mac 2025
◾️FASA 2: 14 April 2025 – 16 Mei 2025
Info Penting:
*Sila ambil maklum bahawa pada fasa permohonan kedua, tiada lagi pilihan Program Pengajian bertemu duga dan/atau ujian.
*Calon boleh mengemaskini semua pilihan program pengajian kecuali yang telah dipangil temu duga atau ujian.
Cara Permohonan UPUOnline 2025/2026 Online
1. Permohonan kemasukan UPUOnline boleh dibuat secara atas talian melalui laman web rasmi UPU di https://upu.mohe.gov.my/.
2. Maklumat penting yang wajib diisi oleh pemohon ditandakan dengan asterisk (*) dalam borang sistem permohonan kemasukan pelajar. Manakala tanda (**) adalah merujuk kepada wajib mengisi salah satu medan maklumat.
3. Pilih Pilihan Mengikut Keutamaan
Ada 12 pilihan program pengajian. Pemohon wajib memilih 5 pilihan program pengajian yang berbeza. Jika berminat dengan program pengajian yang bertemu duga, pemohon boleh mengemukakan pilihan pada Pilihan 1 hingga 4 sahaja. Manakala, bagi Program Pengajian bertemu duga (Pendidikan) hanya pada pilihan 1-2 sahaja.
4. Pemohon hanya dibenarkan memilih program pengajian mulai tarikh yang telah ditetapkan. Pemohon hanya boleh memilih pilihan program pengajian yang melepasi syarat khas sahaja yang ditetapkan oleh UA.
5. Semua program pengajian yang ada temu duga ditandakan dengan tanda (#) pada akhir nama program pengajian dalam UPUOnline.
6. Klik Sah & Hantar
Selepas selesai mengisi permohonan secara online, klik sah dan hantar. Kegagalan untuk klik pada sah dan hantar menyebabkan anda gagal mengisi borang permohonan.
7. Cetak Slip Permohonan
Setelah klik sah dan hantar, anda bolehlah mencetak atau print slip permohonan tersebut untuk tujuan rujukan dan sebagai bukti permohonan telah dibuat.
8. Simpan Slip Permohonan Sebagai Bukti
Anda dinasihatkan supaya menyimpan slip permohonan yang telah dicetak sebagai bukti bahawa permohonan telah dilakukan.
9. Semakan Permohonan & Kemaskini Permohonan Adalah Tanpa Had
Anda boleh membuat semakan dan mengedit semula permohonan seberapa banyak kali yang anda mahukan sebelum tarikh tutup permohonan UPU.
Punca Gagal Permohonan UPU
Terdapat pelbagai punca atau sebab kenapa permohonan UPU anda gagal atau tidak berjaya:
Kenapa Berjaya?
▶️ Borang permohonan BERJAYA diterima oleh UPUonline
▶️ MEMENUHI syarat khas program pengajian
▶️ ADA kekosongan tempat
▶️ BERJAYA dalam saringan temu duga dan/ atau ujian
▶️ Kedudukan merit TINGGI
Kenapa Gagal?
▶️ TIDAK tekan butang simpan
▶️ TIDAK memenuhi syarat khas program pengajian
▶️ TIADA kekosongan tempat, terutamanya program kompetitif
▶️ GAGAL dalam saringan temu duga dan/ atau ujian
▶️ Kedudukan merit RENDAH
Artikel Berkaitan:
👉 Panduan Beli No Pin UPU Online
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Kemasukan UPUOnline, sila hubungi dibawah:
BAHAGIAN KEMASUKAN PELAJAR IPTA
JABATAN PENDIDIKAN TINGGI
ARAS 4, MENARA 2, JALAN P5/6, PRESINT 5
62200 PUTRAJAYA, WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
No. Tel: 03-8684 2363
E-mel: upu@mohe.gov.my
Laman web rasmi: https://upu.mohe.gov.my/
Facebook: KEMASUKAN BPKP JPT
Instagram: @KEMASUKANBPKA
TikTok: BKPAUPU
UPUChat: https://upuchat.org/
Maklumbalas UPU: https://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/
Semoga perkongsian Permohonan UPU Online Sesi 2025-2026 ini dijadikan panduan buat anda semua! Semoga anda para pelajar berjaya mendapat tawaran kemasukan ke UPU!
NUR HAZIRAH BINTI MUSTAFFA
ReplyDelete