Header Ads

Permohonan Biasiswa PIDN JPA 2025 Online

Permohonan Biasiswa PIDN JPA 2025 Online|BILAKAH tarikh permohonan Biasiswa Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) bagi tahun 2025 bakal dibuka? Perhatian buat anda pelajar yang berkelayakan membuat permohonan Pinjaman Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) JPA tahun 2025 bagi yang sedang mengikuti pengajian Ijazah Pertama di Universiti Awam, Politeknik Premier dan Government Linked Universities (GLU). Untuk makluman anda, permohonan Biasiswa PIDN JPA 2025 boleh dibuat secara online mulai 28 Februari 2025 sehingga 9 April 2025 menerusi Portal Rasmi JPA. Berikut Permohonan Biasiswa PIDN JPA 2025 Online buat rujukan anda.

Permohonan Biasiswa PIDN JPA 2025 Online

Sedia maklum, PIDN merupakan penajaan secara Pinjaman Boleh Ubah (PBU) yang ditawarkan kepada pelajar yang layak. Penajaan ini ditawarkan kepada pelajar Ijazah Pertama di Universiti Awam, Politeknik Premier dan GLU. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi akses pendidikan kepada para pelajar di peringkat tertiari dalam negara serta menyokong agenda pembangunan modal insan negara.


Permohonan Biasiswa PIDN JPA 2025 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) termasuk syarat kelayakan dan bidang pengajian yang ditaja:


Tarikh Penting Permohonan Biasiswa PIDN 2025

◾️Tarikh Permohonan: 28 Februari 2025 (jam 10.00 pagi) - 9 April 2025 (sehingga 5.00 petang)

◾️Aplikasi Permohonan:

👉 https://bmipenajaan.jpa.gov.my/ms/


Bidang Pengajian Yang Ditaja

Bidang pengajian yang ditaja adalah seperti berikut:

- Sains

- Sains Sosial/Sastera

- Seni Bina

- Kejuruteraan dan Teknikal/Teknologi

- Bidang-bidang yang tidak ditaja adalah seperti Bidang perubatan, pergigian dan farmasi. Pelajar boleh memohon melalui Program Khas Perubatan, Pergigian dan Farmasi (Ijazah Pertama);

- Bidang pendidikan;

- Bidang yang memerlukan pelajar mengambil jenis-jenis lesen seperti lesen penerbangan dan sebagainya;

- Program-program berbentuk francais UA/ IPTS;

- Program-program berkembar/ ijazah dual/ double degree/ program kerjasama dengan institusi lain kecuali yang dibenarkan;

- Program kejururawatan, separa perubatan dan program pra perkhidmatan;

- Program-program berkaitan sijil/ kursus profesional; dan

- Program pengajian secara separuh masa/ jarak jauh/ atas talian/pengajian tanpa subsidi yuran pengajian/ saluran komersial.


Bayaran Balik

Bagi pelajar yang layak, bayaran balik akan dikenakan menerusi 4 keadaan iaitu:

1. Pinjaman ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam setelah tamat pengajian.

2. Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) setelah tamat pengajian.

3. Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara setelah tamat pengajian.

4. Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.


Syarat Kelayakan Biasiswa PIDN 2025

Antara syarat kelayakan yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:

A. SYARAT UMUM

1. Warganegara Malaysia;

2. Pemohon disyaratkan bebas daripada penyakit kronik/berjangkit/ penyakit yang memerlukan rawatan susulan dan berupaya mengikuti pengajian sehingga tamat, serta disahkan sihat untuk meneruskan pengajian;

3. Ibu dan/ atau bapa dan/atau pemohon tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;

4. Pemohon yang pernah dikenakan tindakan penamatan tajaan atas pelanggaran syarat perjanjian oleh JPA tidak layak memohon;

5. Sekiranya berjaya ditawarkan penajaan JPA, pemohon tidak dibenarkan menerima bantuan kewangan/ tajaan daripada mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama);

6. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); dan

7. Umur tidak melebihi 23 tahun pada tahun permohonan (24 tahun bagi pelajar peralihan).

B. SYARAT KHUSUS

1. Telah memulakan pengajian peringkat Ijazah Pertama sebelum tarikh iklan ditutup;

2. Bagi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, hanya terbuka kepada pelajar selain pegawai kadet;

3. Tidak pernah gagal atau mengulang mana-mana subjek dalam mana-mana semester sebelum membuat permohonan.

4. Tiada penangguhan pengajian sebelum calon memohon: dan

5. Memenuhi syarat akademik seperti berikut:

◾️Pelajar telah memulakan pengajian di peringkat Ijazah Pertama dan memperoleh keputusan seperti berikut:

a. Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) terkini sekurang- kurangnya PNGK 3.30 (selain bidang Kejuruteraan); atau

b. Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) terkini sekurang-kurangnya PNGK 3.00 (bidang Kejuruteraan); dan

c. Mempunyai baki 12 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini/ semasa

◾️Bagi pelajar lepasan Diploma yang belum mempunyai keputusan semester pertama di peringkat Ijazah Pertama, pelajar boleh memohon menggunakan keputusan akhir Diploma dengan pencapaian sekurang-kurangnya PNGK 3.30.


Cara Permohonan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2025 Online

1. Permohonan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) JPA boleh dibuat secara dalam talian (online) menerusi pautan di https://bmipenajaan.jpa.gov.my/ms/ bermula 28 Februari 2025 (10.00 pagi) sehingga 9 April 2025 (jam 5.00 petang).

2. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

3. Calon dibenarkan mendaftar, mengemaskini/ meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.

4. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data.

5. Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program PIDN Tahun 2025 sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Permohonan Biasiswa PIDN JPA 2025 Online

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Pinjaman PIDN, sila layari laman web di https://bmipenajaan.jpa.gov.my/ms/?view=article&id=126&catid=11

Semoga perkongsian Permohonan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) ini dijadikan panduan buat anda semua! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Biasiswa PIDN!


No comments

Powered by Blogger.