Header Ads

Permohonan Biasiswa Yayasan Sime Darby 2025 Online

Permohonan Biasiswa Yayasan Sime Darby 2025 Online|BILAKAH tarikh permohonan Biasiswa Yayasan Sime Darby (YSD) bagi tahun 2025 bakal dibuka? Perhatian buat anda pelajar yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Biasiswa Yayasan Sime Darby ambilan tahun 2025 bagi pengajian diperingkat prasiswazah tahun pertama dan kedua. Untuk makluman anda, permohonan Biasiswa Yayasan Sime Darby 2025 boleh dibuat secara online mulai 1 hingga 31 Mac 2025 menerusi Portal Rasmi Yayasan Sime Darby. Berikut dikongsikan Permohonan Biasiswa Yayasan Sime Darby 2025 Online buat rujukan anda.

Permohonan Biasiswa Yayasan Sime Darby 2025 Online

Sedia maklum, Yayasan Sime Darby (YSD) merupakan cabang kebajikan dibawah SD Guthrie Berhad, Sime Darby Berhad dan Sime Darby Property Berhad. Yayasan ini telah menawarkan biasiswa kepada individu yang cemerlang dan layak kepada mereka yang memerlukan. Untuk biasiswa ini, permohonan dibuka untuk pelajar prasiswazah tahun pertama dan kedua untuk menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi terkemuka di Malaysia. Bagi dermasiswa pula, permohonan dibuka kepada pelajar sarjana muda atau diploma Orang Kurang Upaya (OKU) yang berpotensi untuk pengambilan September 2025 di mana-mana institusi pengajian tinggi Malaysia yang diiktiraf.


Permohonan Biasiswa Yayasan Sime Darby 2025 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Biasiswa Yayasan Sime Darby termasuk syarat kelayakan:


Tarikh Permohonan Biasiswa Yayasan Sime Darby 2025

◾️Tarikh Permohonan: 1 - 31 Mac 2025

◾️Aplikasi Permohonan:

👉 Biasiswa: https://www.yayasansimedarby.com/scholarship/forms/bursary-form

👉 Dermasiswa: https://www.yayasansimedarby.com/scholarship/forms/bursary-form


Pembiayaan Biasiswa & Dermasiswa

Pembiayaan biasiswa merangkumi yuran pengajian, elaun bulanan (sara hidup, sara hidup, penginapan), elaun laptop dan elaun buku. Bagi dermasiswa pula, pembiayaan merangkumi yuran pengajian, elaun bulanan (sara hidup, sara hidup, penginapan) dan elaun buku. Jumlah pemberian dermasiswa ini adalah sehingga jumlah maksimum RM15,000 setahun.


Syarat Kelayakan Biasiswa Yayasan Sime Darby 2025

Antara syarat permohonan biasiswa/dermasiswa Yayasan Sime Darby adalah seperti berikut:

A. Biasiswa

- Warganegara Malaysia.

- Umur 25 tahun ke bawah.

- Tamat STPM/ Pra-Universiti/ Asasi/ Matrikulasi Tempatan/ Diploma dengan sekurang-kurangnya PNGK 3.30.

- Jumlah pendapatan isi rumah kasar bulanan RM11,000 dan ke bawah.

- Mempunyai kualiti kepimpinan yang kukuh melalui pelbagai jawatan kepimpinan dalam pertandingan sekolah, kebangsaan dan/atau global dan/atau acara sukan.

- Penglibatan aktif dalam khidmat masyarakat.

B. Dermasiswa

- Warganegara Malaysia.

- Berumur 25 tahun ke bawah.

- Pelajar kurang upaya fizikal (pemegang kad OKU).

- Mendapat sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam SPM bagi pemohon Diploma.

- Tamat STPM/ Pra-Universiti/ Asasi/ Matrikulasi Tempatan/ Diploma dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.50 bagi pemohon Sarjana Muda.


Senarai Pelajar Universiti Yang Layak

Pembiayaan biasiswa layak diberikan kepada pelajar-pelajar di universiti seperti berikut:

Universiti Malaya

Universiti Putra Malaysia

Universiti Kebangsaan Malaysia

Universiti Teknologi Malaysia

Universiti Sains Malaysia

Monash University Malaysia

University of Southampton Malaysia

University of Nottingham Malaysia

Curtin University Malaysia

Taylor’s University Malaysia


Cara Permohonan Biasiswa Yayasan Sime Darby 2025 Online (YSD)

1. Permohonan boleh dibuat secara online menerusi pautan seperti berikut:

◾️Biasiswa: https://www.yayasansimedarby.com/scholarship/forms/bursary-form

◾️Dermasiswa: https://www.yayasansimedarby.com/scholarship/forms/bursary-form

2. Isikan maklumat permohonan yang diperlukan dengan lengkap dan betul. 

3. Setelah maklumat permohonan lengkap diisi, klik pada butang "Submit".

Permohonan Biasiswa Yayasan Sime Darby 2025 Online

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Biasiswa Yayasan Sime Darby, sila layari pautan di https://www.yayasansimedarby.com/scholarship/scholarship-information

Semoga perkongsian Permohonan Biasiswa Yayasan Sime Darby ini dijadikan panduan buat anda semua! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Biasiswa Yayasan Sime Darby!


No comments

Powered by Blogger.