Permohonan IPG 2025 Online (PISMP)
Permohonan IPG 2025 Online (PISMP)|BILAKAH tarikh permohonan kemasukan ke PISMP ambilan 2025 bakal dibuka? Perhatian buat anda pelajar Lepasan SPM dan Lepasan STPM/Setaraf yang berkelayakan membuat permohonan kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Program Pelajar Cemerlang (PPC) ambilan tahun 2025. Untuk makluman anda, permohonan PISMP 2025 boleh dibuat secara online mulai 24 Februari 2025 sehingga 16 Mac 2025 menerusi Portal Rasmi PISMP. Berikut dikongsikan Permohonan IPG PISMP 2025 Online buat rujukan anda.
Sedia maklum, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuka permohonan pengambilan calon guru tajaan KPM bagi mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) 2025 dan Program Pelajar Cemerlang (PPC) tahun 2025. PISMP merupakan program yang dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh KPM dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah. Manakala, PPC merupakan program yang diwujudkan untuk melahirkan bakal guru dalam bidang pendidikan Islam di sekolah terpilih seluruh negara.
Permohonan IPG 2025 Online (PISMP)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan IPG PISMP termasuk syarat kemasukan dan senarai program pengajian yang ditawarkan:
Tarikh Penting Kemasukan IPG PISMP 2025
◾️Tarikh Permohonan: 24 Februari 2025 - 16 Mac 2025
◾️Aplikasi Permohonan:
KLIK 👉 https://pismp.moe.gov.my
Tempoh Pengajian PISMP & PPC
- Pemohon yang layak akan mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama 12 bulan atau 3 semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh KPM.
- Mereka yang lulus PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan ditawarkan mengikuti pengajian PISMP selama 4 tahun atau 12 semester di IPG yang ditetapkan oleh KPM.
- Bagi PPC pula, pemohon yang layak akan mengikuti pengajian di universiti luar negara yang telah ditetapkan oleh KPM selama 4 tahun.
- Setelah tamat pengajian Ijazah, pelajar akan mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) di IPG selama satu 1 tahun di IPG sebelum berkhidmat.
Bidang Pengkhususan Yang Ditawarkan
Bidang pengkhususan yang ditawarkan bagi PISMP adalah seperti berikut:
i) Sekolah Kebangsaan (SK)
Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
Bimbingan dan Kaunseling
Matematik Pendidikan Rendah
Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL)
Sejarah Pendidikan Rendah
ii) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
Bahasa Cina Pendidikan Rendah
Bimbingan dan Kaunseling
Matematik Pendidikan Rendah
Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL)
Sejarah Pendidikan Rendah
iii) Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
Bahasa Tamil Pendidikan Rendah
Bagi kemasukan PPC, bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti Bidang Bahasa Arab (Lughah), Bidang Pengajian Islam (Dirasat Islamiah) dan Bidang Tahfiz (Al-Quran Wal Qiraat).
Syarat Kemasukan PISMP dan PPC 2025
Antara syarat kelayakan yang ditetapkan bagi permohonan PPISMP dan PPC adalah seperti berikut:
A. PISMP
- Warganegara Malaysia.
- Umur tidak melebihi 22 tahun pada 30 Jun 2025 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2003.
- Sihat tubuh badan.
- Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
- Lulus SPM dengan memperoleh gred cemerlang dalam mana-mana lima matapelajaran.
- Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut di peringkat SPM:
◾️Bahasa Inggeris
◾️Sejarah
- Memenuhi syarat bidang pengkhususan yang ditetapkan (sila rujuk syarat bidang pengkhususan dalam permohonan secara dalam talian).
B. PPC
- Warganegara Malaysia.
- Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2025 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2005.
- Sihat tubuh badan.
- Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
- Lepasan SPM tahun 2024.
Senarai Pemohon Yang Layak Memohon
Pemohon yang layak untuk memohon adalah seperti berikut:
1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- (Tahun 2022/2023/2024) Calon SPM Tahun 2024 boleh memohon dan perlu mengemaskini bidang permohonan sebaik sahaja keputusan SPM diumumkan.
2. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
- (Tahun 2023/2024)
3. Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
- (Tahun 2023/2024)
4. Program Matrikulasi
- (Sesi 2023/2024 & 2024/2025)
Calon Tidak Layak Memohon
Calon yang berada dalam kategori berikut tidak layak memohon iaitu:
1. Pemohon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia.
2. Pemohon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
3. Pemohon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
4. Pemohon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.
Cara Permohonan PISMP & PPC 2025 Online
1. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan layari laman sesawang KPM di pautan https://pismp.moe.gov.my.
2. Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan KPM. Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temuduga.
3. Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja sehingga tarikh permohonan ditutup.
4. Permohonan hendaklah disahkan setelah pemohon selesai membuat pengemaskinian dengan menekan butang pengesahan yang disediakan sebelum tarikh tutup permohonan. Pengesahan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan.
5. Pemohon hendaklah menyimpan nombor rujukan untuk tujuan semakan permohonan.
6. Maklumat yang tidak benar dan lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
Artikel Berkaitan:
KLIK 👉 Permohonan Program Matrikulasi KPMKLIK 👉 Permohonan UPU Online
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan PISMP dan PPC, sila layari Laman Web PISMP di https://pismp.moe.gov.my atau hubungi Institut Pendidikan Guru Malaysia di talian 03-8312 6720/6693/6731/6768/6719/6760.
Semoga perkongsian Permohonan PISMP tahun 2025 ini dijadikan panduan buat anda semua! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke IPG!
Post a Comment